Penulis tersohor Eric Kripke (Supernatural, Revolution, Timeless) mentularkan melalui laman Twitternya hari ini – treler rasmi pertama untuk siri TV terbarunya, THE BOYS yang bakal terbit melalui pelantar penstriman Amazon Prime Video nanti!

Treler Rasmi Pertama THE BOYS!

Berdasarkan siri komik asal berjudul THE BOYS oleh penulis komik legenda Garth Ennis dan pelukis berbakat Darick Robertson – anda boleh meramalkan betapa ganas dan lawaknya adaptasi oleh penulis Eric Kripke (Supernatural) serta penerbit Seth Rogen dan Evan Goldberg (Preacher) akan kelihatan di kaca TV anda nanti!

Untuk pembaca yang tidak arif dengan komik asalnya, bayangkan tona siri TV THE BOYS nanti bagaikan gabungan aksi adiwira daripada filem WATCHMEN (2009) dengan komedi gelap filem ZOMBIELAND (2009).

Treler Acah THE BOYS (New York Comic-Con 2018)

In a world where superheroes embrace the darker side of their massive celebrity and fame, THE BOYS centers on a group of vigilantes known informally as “The Boys,” who set out to take down corrupt superheroes with no more than their blue-collar grit and a willingness to fight dirty. THE BOYS is a fun and irreverent take on what happens when superheroes—who are as popular as celebrities, as influential as politicians and as revered as Gods—abuse their superpowers rather than use them for good.

It’s the powerless against the super powerful as The Boys embark on a heroic quest to expose the truth about “The Seven,” and Vought International —the multi-billion dollar conglomerate that manages these superheroes.

Sinopsis siri TV terbaru Amazon Prime Video, THE BOYS

Siri TV THE BOYS bakal disiarkan melalui pelantar penstriman Amazon Prime Video mulai pertengahan tahun ini. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang THE BOYS di www.buzzpop.tv!

(Sumber: @therealKreipke)

0 Shares:
You May Also Like