#TriviaKomik – Tahukah Anda Bahawa THE LONE RANGER dan THE GREEN HORNET Ada Talian Persaudaraan?

The Lone Ranger The Green Hornet connection

“In the early days of the western United States, a masked man and an Indian rode the plains, searching for truth and justice. Return with us now to those thrilling days of yesteryear, when from out of the past come the thundering hoofbeats of the great horse Silver! THE LONE RANGER rides again!”

“With his faithful valet Kato, Britt Reid, daring young publisher, matches wits with the Underworld, risking his life so that criminals and racketeers within the law may feel its weight by the sting of THE GREEN HORNET!”

— Radio Intro, THE LONE RANGER, (1933) and THE GREEN HORNET (1936).

Untuk pembaca yang tidak arif, kedua-dua watak adiwira zaman drama radio yang amat popular pada era 1930-an THE LONE RANGER serta THE GREEN HORNET sebenarnya mempunyai suatu talian persaudaraan yang erat. Hari ini kami di BuzzPopTV akan membongkarkan asal-usul disebalik dua Hero Retro ini!

  • ADIWIRA RADIO 1933 – Watak THE LONE RANGER adalah seorang Texas Ranger bertopeng (bernama John Reid) yang membanteras jenayah ketika zaman Wild Wild West (1865-1895) bersama sidekick-nya, Tonto. Penampilan pertamanya adalah di dalam sebuah drama bersiri di stesen radio WXYZ Detroit pada tahun 1933 nukilan penulis Francis Hamilton “Fran” Striker serta penerbit radio George Washington Trendle.
Penulis Fran Striker dan Penerbit Radio George W. Trendle
Penulis Fran Striker dan Penerbit Radio George W. Trendle

#Komen5KupangKu – Siri radio THE LONE RANGER ini teramatlah popular dan berjaya menawan imaginasi pendengar pada zaman 1930-an sehinggakan ia di adaptasi ke pelbagai jenis media – menjadi siri novel pada era 1930-an, sebuah siri TV daripada 1949-1957, pelbagai siri komik serta beberapa siri filem sehinggga ke zaman sekarang!

  • TEXAS RANGER TERAKHIR – Asal-usul THE LONE RANGER bermula apabila enam orang Texas Rangers diserang hendap oleh sekumpulan outlaws yang diketuai oleh Bartholomew “Butch” Cavendish. Texas Ranger John Reid adalah mangsa tunggal yang terselamat yang dijumpai oleh seorang American Indian bernama Tonto. John bersumpah untuk membalas dendam kematian adiknya Dan Reid (yang meninggalkan seorang waris bernama Dan Reid Jr.) di dalam serang hendap tersebut – membanteras jenayah di American Old West bersama sideckick-nya, Tonto sebagai adiwira bertopeng The Lone Ranger!
The Lone Ranger (John Reid) serta sidekick-nya Tonto!
The Lone Ranger (John Reid) serta sidekick-nya Tonto!
  • ADIWIRA RADIO 1936 – Watak THE GREEN HORNET pula adalah seorang adiwira bertopeng yang dicipta pada tahun 1936 oleh penerbit George W. Trendle dan penulis Fran Striker dengan input daripada pengarah radio James Jewell di stesen WXYZ Detroit. Sejurus selepas kejayaan THE LONE RANGER dan CHALLENGE OF THE YUKON sebagai drama radio bersiri, Trendle mengambil keputusan untuk menyuruh Striker mencipta siri drama radio ketiga – supaya lebih banyak pengiklan boleh mengiklankan barangan mereka di stesen radio WYXZ Detroit!
The Green Hornet (Brett Reid) serta sidekick-nya Kato!
The Green Hornet (Brett Reid) serta sidekick-nya Kato!
  • HERO KESURAMAN MALAM – Watak THE GREEN HORNET adalah identiti rahsia Britt Reid, seorang penerbit suratkhabar The Daily Sentinel yang kaya dan ternama. Britt menggunakan berita tentang kes-kes jenayah di bandarnya, untuk membanteras sindiket jenayah sebagai vigilante bertopeng The Green Hornet bersama sidekick-nya Kato – yang mahir dengan ilmu pertahanan Kung Fu serta memandu kereta berteknologi masa depan, The Black Beauty!

#Komen5KupangKu – Perjudian Trendle untuk kali ketiga amat berjaya sekali kerana sejak drama radio bersiri THE GREEN HORNET ke udara pada tahun 1936, watak popular ini telah di adaptasikan ke pelbagai jenis media – daripada siri filem dan siri komik pada era 1940-an, kepada siri TV pada era 1960an (yang memaparkan pelakon Bruce Lee sebagai watak ‘Kato’), serta sebuah adaptasi filem pada Januari 2011.

Memandangkan THE GREEN HORNET adalah pembela keadilan di waktu malam dicipta pada tahun 1936, mungkinkah kejayaannya menjadi inspirasi untuk watak komik BATMAN yang dicipta oleh pelukis Bob Kane dan penulis Bill Finger pada tahun 1939? 🤔 Apa yang ironiknya adalah siri TV Batman serta The Green Hornet yang popular pada tahun 1960-an dicipta oleh penerbit yang sama di Hollywood – maka kedua Hero Retro ini pernah berganding bahu membanteras sindiket jenayah di kaca TV pada era ’60-an!

Siri komik bersiri mini 5-isu THE LONE RANGER/THE GREEN HORNET daripada Dynamite Entertainment.
Siri komik bersiri mini 5-isu THE LONE RANGER/THE GREEN HORNET daripada Dynamite Entertainment.
  • TALIAN PERSAUDARAAN – Memandangkan penulis Fran Striker mencipta kedua adiwira ini daripa 1933-1936, semestinya adiwira THE GREEN HORNET mempunyai talian persaudaraan dengan adiwira THE LONE RANGER! Pautan kekeluargaan yang mengeratkan kedua adiwira ini adalah susur-galur keluarga Dan Reid, adik kepada The Lone Ranger (John Reid). The Green Hornet (Britt Reid) adalah anak kepada Dan Reid Jr. serta cucu kepada Dan Reid. Maka ini membuatkan The Lone Ranger datuk saudara (Grand Uncle) kepada The Green Hornet.

#Komen5KupangKu – Harapan aku sebagai peminat tegar komik retro adalah suatu hari nanti pengarah Quentin Tarantino akan mengadaptasikan watak THE LONE RANGER dan THE GREEN HORNET sebagai sebuah trilogi filem yang penuh keganasan dengann babak-babak aksi yang epik!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik dunia hero retro daripada Amerika Syarikat di:

Apakah pendapat anda tentang talian persaudaraan di antara THE LONE RANGER dengan THE GREEN HORNET?

Bincangkan.

1 Shares:
You May Also Like