#TriviaTV – Kesemua Fakta Yang Anda Wajib Tahu Tentang Musim Kedua THE MANDALORIAN

THE MANDALORIAN Season 2

“THIS IS THE WAY!”

— Din Djarin, THE MANDALORIAN, (2019).

Sempena sambutan STAR WARS Day minggu lepas (#MayThe4th), pelbagai pengumuman berkaitan musim kedua siri TV Disney+ THE MANDALORIAN telah ditularkan. Ikuti kompilasi berita-berita tentang musim terbaru siri TV live-action STAR WARS pertama yang disukai ramai ini!

Fasa Produksi THE MANDALORIAN S02

  • SESI PENGGAMBARAN BERAKHIR – Menurut pos Instagram pelakon Gina Carano (yang memainkan watak askar upahan intergalaktik Cara Dune), sesi penggambaran bagi musim kedua telah pun berkahir pada 7 Mac 2020 – sebelum kuarantin Covid-19 berkuatkuasa. Musim kedua THE MANDALORIAN kini di dalam fasa pos-produksi yang boleh dikendalikan walaupun ketika kuarantin!
  • PRA-PRODUKSI MUSIM KETIGA – Menurut laman Variety, fasa pra-produksi untuk musim ketiga THE MANDALORIAN telah pun bermula sejak 20 April 2020. Penerbit eksekutif/penulis Jon Favreau telah memulakan penulisan draf skrip pertama, manakala naib presiden Lucasfilm dan pengarah kreatif eksekutif Doug Chiang menerajui ciptaan seni-seni konsep bagi musim terbaru ini.

Tajuk Episod-Episod THE MANDALORIAN S02

  • URA-URA – Menurut @Vullein di laman Twitter pada 24 April 2020, tajuk bagi episod-episod musim kedua THE MANDALORIAN telah pun ditiriskan! Masih tiada indikasi rasmi daripada pihak Lucasfilm setakat ini tentang kesahihan tajuk-tajuk ini yang mungkin sekadar ura-ura sahaja… jadi kita tunggu dan lihat sahajalah pengumuman Disney+ nanti!

#Komen5KupangKuSekiranya tajuk-tajuk ini benar, aku teruja dengan beberapa episod… terutamanya “The Sorcerer” – Adakah ini bakal memberi petunjuk kepada kehadiran Jedi di dalam musim kedua?; “The Republic” – Adakah ini akan memaparkan kerajaan baru The Rebellion selepas kematian Emperor Palpatine?; dan “The Empire” – Adakah ini akan menonjolkan permulaan The First Order?

Barisan Pelakon THE MANDALORIAN S02

Barisan Pelakon Musim Kedua THE MANDALORIAN
Barisan Pelakon Musim Kedua THE MANDALORIAN

Barisan pelakon musim pertama THE MANDALORIAN seperti Pedro Pascal (watak Din Djarin), Gina Carano (Cara Dune) dan Carl Weathers (Greef Karga) bakal kembali untuk musim kedua ini. Namun, mereka akan disertai oleh tiga pelakon baru yang mungkin menawarkan cabaran baru kepada Din Djarin/The Mandalorian dan Baby Yoda/The Child nanti:

Kemunculan pertama Boba Fett di dalam musim pertama THE MANDALORIAN di penghujung episod kelima yang berjudul "The Gunslinger".
Penampilan pertama Boba Fett di dalam musim pertama THE MANDALORIAN!
  • RETURN OF FETT! – Menurut The Hollywood Reporter, pelakon Temuera Morrison yang telah memainkan watak Jango Fett di dalam filem Star Wars: Episode 2 – Attack of the Clones (2002), akan membuatkan kameo di dalam musim kedua THE MANDALORIAN sebagai watak legenda, Boba Fett!
    • Pemburu upahan yang popular ini membuatkan penampilan pertamanya di filem Star Wars: Episode V – The Empire Strikes Back (1980) dan dipercayai mati ketika filem Star Wars: Episode VI – Return of the Jedi (1983) apabila dia terjunam ke dalam sebuah lurah ‘Sarlacc’.
    • Nampaknya Fett telah berjaya menyelamatkan dirinya daripada lurah ‘Sarlacc’ tersebut, kerana rupa-rupanya dia telah membuatkan penampilan kameo sejak THE MANDALORIAN S01E05 lagi – sebagai jejaka misteri yang mendekati Fennec Shand (Ming-Na Wen) yang tersungkur kaku selepas pertarungan pertamanya dengan ‘The Gunslinger’ – namun mungkin kembali menyengat untuk musim kedua nanti!
Rosario Dawson sebagai Ahsoka Tano oleh artis digital Bosslogic
Rosario Dawson sebagai Ahsoka Tano | @Bosslogic
  • AHSOKA TANO? – Menurut Slashfilm, mereka telah mendapatkan pengesahan eksklusif bahawa pelakon Rosario Dawson (Zombieland: Double Tap, Luke Cage) akan melakonkan watak legenda Ahsoka Tano di dalam musim kedua THE MANDALORIAN! Untuk pembaca yang tidak arif, Ahsoka Tano adalah Jedi padawan/anak didik Anakin Skywalker daripada siri animasi Star Wars: The Clone Wars dan Star Wars: Rebels, dan sekiranya ura-ura ini benar… ini akan menjadi kali pertama watak Tano bakal wujud di dalam siri live-action Star Wars.
Michael Biehn dan Bill Burr daripada musim kedua THE MANDALORIAN.
Kombo Pembunuh Upahan Biehn-Burr!
  • BAPA JOHN CONNOR? – Menurut MakingStarWars.net, pelakon aksi era ’80-an Michael Biehn (The Terminator, Aliens, Abyss) akan menyertai musim kedua THE MANDALORIAN sebagai seorang pemburu upahan yang pernah berkerjasama dengan ‘Mando’ pada masa lampau. Adakah watak yang dimainkan Biehn nanti akan sekepala dengan watak pembunuh upahan Mayfeld yang dimainkan pelakon Bill Burr daripada musim pertama? Jika ini benar, maka Mando mungkin menghadapi sedikit masalah di masa hadapan! Ini merupakan penampilan Biehn yang paling berprofil sejak dekad yang lepas.

#Komen5KupangKuPada aku, penglibatan pelakon aksi esa ’80-an Michael Bien amat epik sekali – menyambungkan tema yang dimulakan dengan penampilan pelakon Carl Weathers (Predator, Action Jackson, Rocky III) sejak musim pertama! Kedatangan watak-watak klasik seperti Ahsoka Tano dan Boba Fett juga mendekatkan saga The Mandalorian dengan semesta sinematik Star Wars secara keseluruhan…

Barisan Pengarah THE MANDALORIAN S02

Barisan Pengarah Musim Kedua THE MANDALORIAN
Barisan Pengarah Musim Kedua THE MANDALORIAN

Musim kedua THE MANDALORIAN bakal menampilkan barisan pengarah campuran baru dan lama untuk setiap episodnya. Di antara pengarah daripada musim pertama yang bakal kembali adalah Rick Famuyiwa, Dave Filoni dan Bryce Dallas Howard. Mereka akan disertai pengarah-pengarah baru untuk musim kedua yang terdiri daripada:

  • JON FAVREAU – Favreau mengesahkan dengan laman Entertainment Weekly pada 9 September 2019 bahawa dia berminat untuk mengarah satu episod di dalam musim kedua: “We’re working on season 2, writing, prepping with the directors and getting ready to direct myself, actually. I didn’t get a chance the last time around because I was doing Lion King. So I’ll step in for one of them.”
  • ROBERT RODRIGUEZ – Sutradara aksi Robert Rodriguez (Sin City, Alita: Battle Angel, Desperado) mengesahkan pada Star Wars Day (#MayThe4th) menerusi laman Twitternya bahawa dia akan mengarah satu daripada episod pada musim kedua THE MANDALORIAN. Pengumumannya disertai patung animatronic Baby Yoday yang telah berjaya menawan hati peminat tegar Star Wars di seluruh dunia.
  • PEYTON REED – Pada hari yang sama, sutradara Peyton Reed (Ant-Man, Ant-Man and the Wasp, Down With Love) juga mentularkan penglibatannya dengan musim kedua THE MANDALORIAN – melalui Twitter dengan foto yang diambil daripada set penggambaran.
  • CARL WEATHERS – Bekas penulis laman Entertainment Weekly @Breznican, mengesahkan pada 20 Oktober 2019 bahawa pelakon aksi era ’80-an Carl Weathers (watak Greef Karga) akan mengarah satu episod di dalam musim kedua THE MANDALORIAN.
  • BUKAN JAMES MANGOLD – Sutradara indie James Mangold mengesahkan pada 29 Februari 2020 bahawa dia TIDAK terlibat dengan musim kedua THE MANDALORIAN. Sebaliknya Mangold menyangkal laman IGN.com kerana melaporkan spekulasi sebagai fakta kepada peminat tegar Star Wars!

#Komen5KupangKuKebanggaan pelakon/pengarah Ron Howard terhadap penglibatan anak perempuannya, pelakon/pengarah Bryce Dallas Howard di dalam musim kedua; serta reaksi pengarah Taika Waititi kepada pengumuman Mangold adalah insiden-insiden erat disebalik tabir produksi yang cukup lucu untuk peminat tegar Star Wars sedunia. Bagaikan babak DVD Extras yang boleh dilayan dengan popcorn!

Harapan aku adalah Jon Favreau (eksplorasi watak yang mendalam ala Iron Man), Robert Rodriguez (aksi tembak menembak yang padat ala El Mariachi), Peyton Reed (komedi fizikal dan elemen dialog retro ala Down With Love) dan Carl Weathers (elemen macho serta semangat setiakawan ala Predator 1987) akan membawa vibe mereka yang tersendiri sebagai pengarah kepada satu episod di dalam musim kedua THE MANDALORIAN nanti….

Tarikh Terbit THE MANDALORIAN S02

Menurut Collider.com, ketika suatu panggilan konferens bersama pemegang saham pada 4 Februari 2020 pengerusi Disney, Bob Iger telah mengesahkan bahawa musim kedua THE MANDALORIAN akan kembali ke pelantar penstriman Disney+ pada bulan Oktober 2020! Ini seiring dengan pengumuman penyelia produksi Jon Favreau menerusi Instagram di penghujung musim pertama THE MANDALORIAN pada 28 Disember 2019 – bahawa Mando akan kembali pada awal Musim Luruh 2020.

View this post on Instagram

Season 2 of #TheMandalorian coming Fall 2020

A post shared by Jon Favreau (@jonfavreau) on

Kembali Oktober 2020!

#Komen5KupangKu – Memandangkan sesi penggambaran musim kedua THE MANDALORIAN telah berakhir sebelum kuarantin Covid-19 di Amerika Syarikat dan produksi kini di dalam fasa pos-produksi… tidak mustahil bahawa mereka akan dapat menunaikan janji tarikh terbit pada bulan Oktober 2020 di pelantar penstriman Disney+ nanti!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan siri TV Disney+ THE MANDALORIAN serta semesta sinematik STAR WARS di:

Apakah harapan anda untuk musim kedua siri TV Disney+ THE MANDALORIAN yang bakal terbit pada bulan Oktober 2020 nanti?

Bincangkan.

3 Shares:
You May Also Like