“Three? Three Jokers? What the hell does that mean?”

— Green Lantern, DC UNIVERSE: REBIRTH SPECIAL (Mei 2016).

Tahukah anda bahawa tiga JOKER yang berlainan kini wujud di dalam semesta DC Comics sejak tahun 2016 lagi? Misteri kepada identiti sebenar ketiga-tiga Joker ini bakal terjawab di dalam halaman komik BATMAN: THREE JOKERS oleh DC Black Label – yang akan akhirnya diterbitkan pada tahun 2020 nanti!

Misteri Bermula Dengan Kerusi Mobius

Untuk pembaca yang tidak arif, misteri ini bermula pada tahun 2015 di dalam halaman komik JUSTICE LEAGUE #42 pada penghujung crossover DARKSEID WAR – apabila Batman melabuhkan punggungnya di Kerusi Mobius yang dimiliki oleh New God, Metron.

Pada saat itu, Batman boleh mendapat jawapan kepada keseluruhan misteri cakerawala di dalam semesta DC Comics. Namun dia hanya menanyakan satu soalan yang terpenting kepadanya; “Who is the Joker?”

Batman diatas Mobius Chair menanyakan soalan: "Who is the Joker?"
Justice League #42 (Julai 2015)

Pendedahan Kewujudan Tiga Joker!

Kelihatan di dalam panel tersebut bahawa Batman amat terkejut dengan jawapan yang didedahkan oleh Kerusi Mobius. Namun, misteri ini tidak didedahkan kepada pembaca umum sehinggalah komik DC UNIVERSE: REBIRTH SPECIAL (Mei 2016) – bahawa tiga Joker yang berlainan sebenarnya wujud di dalam semesta DC Comics!

Pendedahan kewujudan tiga Joker di dalam DC UNIVERSE: REBIRTH SPECIAL Mei 2016)
DC Universe: Rebirth Special (Mei 2016)

Panel di dalam komik DC Universe: Rebirth Special ini diikuti dengan pendedahan yang lebih mendalam beberapa halaman kemudian…

Pendedahan misteri kewujudan tiga Joker di dalam halaman komik DC UNIVERSE: REBIRTH SPECIAL (Mei 2016).
DC Universe: Rebirth Special (Mei 2016)

Pengumuman Komik BATMAN: THREE JOKERS

Sejak Mei 2016, tiada apa lagi yang didedahkan oleh syarikat DC Comics sehinggalah musim panas 2018 ketika musim konvensyen komik apabila penulis Geoff Johns mengumumkan muka hadapan untuk projek DC Black Label yang dinamakan – BATMAN: THREE JOKERS!

Muka depan komik DC Black Label, BATMAN: THREE JOKERS!
Batman: Three Jokers #1

Pelukis tersohor Jason Fabok juga menonjolkan melalui laman Twitternya watak-watak yang bakal memainkan peranan penting di dalam komik Batman: Three Jokers nanti – Batman, Batgirl dan Robin.

Sejarah Berdarah Bat-Family Selama Ini…

Berdasarkan klu-klu selama 4 tahun ini, komik Batman: Three Jokers akan akhirnya membongkarkan misteri disebalik kewujudan tiga Joker di dalam semesta DC Comics selama ini. Selain kehadiran Batman (yang kehilangan ibu bapanya oleh gangster picisan bernama Joe Chill/Joker) di dalam siri ini, penglibatan Barbara Gordon (Batgirl yang cacat selepas Joker menembaknya di dalam komik THE KILLING JOKE – 1988) dan Jason Todd (Robin yang ‘dibunuh’ oleh Joker di dalam crossover komik A DEATH IN THE FAMILY -1988) adalah agak menarik untuk difikirkan kerana ia minumbulkan persoalan penting:

Adakah tiga Joker yang berlainan terlibat di dalam sejarah Batman selama ini untuk menganiayai tiga watak Bat-Family yang berlainan – Batman, Batgirl dan Robin? 🤔

Komik BATMAN: THREE JOKERS oleh penulis legenda Geoff Johns dan pelukis tersohor Jason Fabok akan diterbitkan sebagai siri mini tiga isu yang mempunyai 46-muka surat di bawah DC Black Label untuk pembaca-pembaca matang.

Tarikh penerbitan BATMAN: THREE JOKERS masih belum diumumkan setakat ini, namun kami percaya ia akan akhirnya diterbitkan pada tahun 2020 – 5 tahun selepas misteri ini mula-mula diumumkan… 😅  

#SoalanCepumas

Apakah teori peribadi anda tentang misteri disebalik kewujudan tiga JOKER yang berlainan di dalam semesta DC Comics selama ini? 🤔

Bincangkan.

31 Shares:
You May Also Like