5 Fakta Tentang TOP GUN: MAVERICK Yang Anda Wajib Tahu

Banner Top Gun: Maverick

“You can be my wingman any time.”

— Ice Man, TOP GUN, (1986).

TERKINI: Treler kedua untuk filem aksi TOP GUN: MAVERICK telah pun ditularkan di laman media sosial oleh Paramount Pictures:

  • Bagi pembaca yang tidak arif, filem TOP GUN: MAVERICK (2020) merupakan sekuel kepada filem aksi zaman 1980-an, TOP GUN (1986) yang mula-mula melonjakkan karier Tom Cruise di persada Hollywood.
  • Menurut pengarah tersohor Tony Scott yang pernah membangunkan projek ini sebelum tragedi pembunuhan dirinya berlaku pada tahun 2012: “This world fascinated me, because it’s so different from what it was originally. But I don’t want to do a remake. I don’t want to do a reinvention. I want to do a new movie.”
  • Pada bulan Julai 2017, produksi ini kembali aktif apabila sutradara Joseph Kosinski (Oblivion, Tron: Legacy) mengambil alih kerusi pengarah.
  • Menurut pelakon Tom Cruise: “Aviators are back, the need for speed. We’re going to have big, fast machines. It’s going to be a competition film, like the first one… but a progression for Maverick.”
Poster banner Top Gun: Maverick
  • Sekuel ini bakal memfokuskan kepada pengakhiran zaman peperangan udara stail dog fighting serta meneroka peranan teknologi dron di dalam peperangan udara moden. Watak Tom Cruise – Maverick – akan mengawal jet terbang F/A-18 Super Hornet.

Poster Dan Sinopsis TOP GUN: MAVERICK

Poster Top Gun: Maverick

Pete “Maverick” Mitchell mentors a new generation of U.S. Navy fighter pilots.

Sinopsis Filem TOP GUN: MAVERICK

Filem TOP GUN: MAVERICK bakal disiarkan di pawagam seluruh dunia mulai 26 Jun 2020.

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk sekuel TOP GUN: MAVERICK serta evolusi watak Tom Crusie pada era moden ini?

Bincangkan.

3 Shares:
You May Also Like