Kesemua Fakta Yang Anda Wajib Tahu Tentang Sekuel TRAIN TO BUSAN – PENINSULA

Train to Busan sequel - Peninsula

“I’ll take you to mom no matter what!”

— Seok Wee, TRAIN TO BUSAN, (2016).

Pengedar Well Go USA Entertainment telah mentularkan pandang pertama untuk filem Peninsula (2020), sekuel kepada filem zombi Korea Selatan yang popular Train to Busan (2016) – berlatarkan 4 tahun selepas peristiwa filem pertama!

  • ZOMBIE PANDEMIC – Untuk pembaca yang tidak arif, penulis-pengarah berbakat Yeon Sang-ho mula menempa namanya di pasaran antarabangsa dengan filem zombi Train To Busan (2016) a.k.a. Busanhaeng – sebuah filem seram kejam yang menonjolkan mimpi ngeri zombies-on-a-train: “While a zombie virus breaks out in South Korea, passengers struggle to survive on the train from Seoul to Busan!”
Treler Filem TRAIN TO BUSAN (2016)
  • PATIENT ZERO – Kejayaan Train to Busan sebagai filem keenam paling laris di box office Korea Selatan membuahkan sebuah filem animasi prekuel pada tahun yang sama berjudul Seoul Station (2016) a.k.a. Seoulyeok. Prekuel ini juga ditulis dan diarah oleh Yeon Sang-Ho dan menerokai asal-usul wabak pandemik zombi tersebut.
Treler Filem Animasi Prekuel TRAIN TO BUSAN – SEOUL STATION (2016)
  • 4 YEARS LATER… – Filem Peninsula (2020) ini juga ditulis dan diarah oleh Yeon Sang-ho, berlatarkan nasib penduduk di keseluruhan peninsula Korea Selatan empat tahun selepas perisitwa filem pertama: “It is an extension of Train To Busan, after the virus has spread throughout Korea, but the characters are NOT the same. It shares the same world view and is a zombie action film that deals with the aftermath of Train To Busanon the South Korean peninsula.”
Treler Acah Sekuel TRAIN TO BUSAN PRESENTS: PENINSULA (2020)
  • MAD MAX: ZOMBIE ROAD – Berdasarkan treler acah pertama serta tiga poster rasmi yang ditularkan, Peninsula a.k.a. Train To Busan Presents: Peninsula akan memaparkan Korea Selatan versi distopia dengan mangsa terselamat cuba membina semula masyarakat berlatarkan zombie-ravaged post-apocalyptic landscape!
Poster TRAIN TO BUSAN PRESENTS PENINSULA versi Amerika Syarikat.
Poster PENINSULA versi Amerika Syarikat
  • ENGLISH REMAKE?! Pada lewat tahun 2018, laman Deadline.com melaporkan bahawa pengarah James Wan (Aquaman, The Conjuring) akan menerbitkan sebuah filem remake bersama penulis skrip Gary Dauberman (IT, The Nun) bagi pasaran Amerika Syarikat: “I’m hearing that five bidders are circling or have made bids, and that the rights package will sell this week for a seven-figure sum. New Line, Universal (which just stepped out), Paramount, Lionsgate and Screen Gems are all in the mix.”
Poster TRAIN TO BUSAN PRESENTS PENINSULA versi Perancis.
Poster PENINSULA versi Perancis

#Komen5KupangKu – Industri perfileman Korea Selatan dengan genre zombi berpisah tiada! Selepas kejayaan Train to Busan (2016) dan Netflix’s Kingdom (2019), nampaknya Peninsula (2020) dengan vibe post-apocalyptic ala Mad Max-nya bakal menawan imaginasi peminat tegar genre zombi di seluruh dunia… terutamanya di dalam tahun di mana seluruh dunia terjejas dengan wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus)

Poster Dan Sinopsis PENINSULA

Poster TRAIN TO BUSAN PRESENTS PENINSULA versi Korea Selatan.
Poster PENINSULA versi Korea Selatan

Peninsula takes place four years after the zombie outbreak in Train To Busan. The Korean peninsula is devastated and Jung-seok, a former soldier who has managed to escape overseas, is given a mission to go back and unexpectedly meets up with survivors.”

Sinopsis Sekuel TRAIN TO BUSAN, PENINSULA (2020)

Filem Train to Busan Presents: Peninsula yang kini di dalam fasa pasca produksi dibintangi pelakon Gang Dong-won (The Secret Reunion, Haunters) dan Lee Jung-hyun (The Admiral, The Battleship Island) akan ditayangkan di seluruh Korea Selatan pada musim panas ini.

#SoalanCepumas

Apakah pendapat anda tentang pandang pertama filem Train to Busan Presents: Peninsula (2020)?

Bincangkan.

4 Shares:
You May Also Like