Selain daripada filem biopik tentang Freddie Mercury berjudul BOHEMIAN RHAPSODY yang bakal di pawagam seluruh Malaysia bulan November ini, projek muzikal fantasi tentang Elton John berjudul ROCKETMAN sememangnya ditunggu-tunggukan kami semua di Team Buzzpop.tv!

Kini treler acah pertama untuk ROCKETMAN telah tertiris – menonjolkan pelakon Taron ‘Kingsman’ Egerton memainkan watak Elton John bagaikan pelanduk dua serupa.

Berlainan daripada format biopik berlandaskan realiti untuk filem BOHEMIAN RHAPSODY, filem ROCKETMAN akan lebih berbentuk fantasi dan menyelami zaman kegemilangan Elton John dari zaman 1960an sehingga 1980an.

Di pawagam seluruh Malaysia pada tahun 2019 nanti.

#Rocketman #TeaserTrailer #EltonJohn #FantasyMusical #BuzzPopTV

(Sumber: @rocketmanmovie)

0 Shares:
You May Also Like