Treler Acah Pertama Siri TV Reboot THE TWILIGHT ZONE!

Anda minat siri tv BLACK MIRROR, THE OUTER LIMITS dan THE X-FILES ?

Nantikan kepulangan siri tv antologi yang mula-mula memperkenalkan genre sci fi sebagai kisah moraliti kepada khalayak ramai sejak tahun 1959 lagi – THE TWILIGHT ZONE !

https://youtu.be/-zfi2dKU2nE

60 tahun selepas ia mula disiarkan di kaca tv, THE TWILIGHT ZONE bakal kembali melalui saluran CBS All Access pada tahun 2019 nanti dibawah kelolaan penulis-pelakon tersohor Jordan Peele (‘Key & Peele’, ‘Get Out’ ) yang akan merangkap tugas penting sebagai pengelola rancangan, hos dan narator setiap episod siri tv baru ini.

#SoalanCepumas – Apakah episod THE TWILIGHT ZONE yang anda paling minati?

Bincangkan.

#ReturnOfTheKing #TheTwilightZone #Reboot #JordanPeele #BuzzPopTV

(Sumber: CBS All Access)

0 Shares:
You May Also Like