#TriviaFilem – 7 Rahsia Disebalik Tabir Filem GUNDALA

Banner FIlem GUNDALA

“Apa yang kamu butuhkan hanya ada dalam dirimu sendiri…”

— Pak Agung, GUNDALA, (2019).

Ikuti 7 rahsia disebalik sejarah produksi filem GUNDALA oleh pengarah berbakat Indonesia, Joko Anwar (Pengabdi Setan, Perempuan Tanah Jahanam) terbitan bersama Screenplay Films dan BumiLangit Studios:

  • GUNDALA 1981 – Sebelum filem GUNDALA tampil di pawagam pada tahun 2019, peminat tegar di Indonesia pernah disajikan dengan filem GUNDALA: PUTERA PETIR pada tahun 1981 lakonan Tedy Purba sebagai Sancaka a.k.a. Gundala.
Poster Gundala Putera Petir (1981)
  • GUNDALA 2009 – Pada tahun 2008, peminat tegar di Indonesia digemparkan apabila sebuah suatu poster filem GUNDALA telah ditularkan mengumumkan tarikh terbit Jun 2009. Malangnya usaha Graha Media Visi dan pengarah Alex J. Simal untuk menjayakan projek ini menjadi realiti tidak kesampaian.
Poster Gundala (2009)
  • GUNDALA 2019 – Untuk menghasilkan kostum GUNDALA (2019), produksi bekerjasama dengan Quantum Creations FX – pereka kostum daripada Hollywood yang telah menghasilkan kostum-kostum adiwira terkenal seperti Daredevil, Supergirl, Watchmen dan Iron Man.
Kostum GUNDALA (2019)
  • EFEK VISUAL – Kesemua efek visual CGI bagi filem GUNDALA (2019) dihasilkan oleh Anibrain VFX, aripada India yang pernah terlibat di dalam pembikinan efek visual bagi filem-filem Hollywood seperti Doctor Strange, Guardians of Galaxy Vol 2 dan Fantastic Beasts And Where To Find Them.
Top 10 Filem Terlaris Di Indonesia 2019.
Sumber: idntimes.com
  • MENANG ANUGERAH – Filem GUNDALA (2019) telah berjaya menggondol tiga anugerah di Festival Film Indonesia 2019 menerusi kategori Pengarah Sinematografi Terbaik (Ical Tanjung), Penata Efek Visual Terbaik (Abby Eldipie) dan Penata Suara Terbaik (Khikmawan Santosa, M. Ikhsan & Anhar Moha).
  • FESTIVAL FILEM – Selain daripada menggondol anugerah di Indonesia, filem GUNDALA (2019) juga telah dijemput untuk disiarkan di festival-festival terkemuka sedunia seperti Toronto International Film Festival (TIFF) 2019, Paris International Fantastic Film Festival (PIFFF) 2019 dan Fantasy Film Fest (FFF) White Nights 2020 di Cologne dan Frankfurt, Jerman.

Komik Adaptasi Rasmi GUNDALA: DESTINY

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang Anak-Anak Bapak yang menjadi pengikut setia Pengkor dengan lebih lanjut, dapatkan komik adaptasi rasmi GUNDALA: DESTINY di pasaran sekarang di kedai-kedai buku Malaysia yang terpilih: MPH, Popular, serta Kinokuniya.

Poster dan Sinopsis GUNDALA

Poster rasmi filem GUNDALA oleh Joko Anwar

“Indonesia’s preeminent comic book superhero and his alter ego Sancaka enters the Bumilangit Cinematic Universe to battle the wicked Pengkor and his diabolical squad of orphan assassins.”

“Sancaka, seorang anak yatim. Ayahnya tewas dalam sebuah kerusuhan. Ia tersambar petir.

Pengkor, seorang anak yatim. Ayahnya tewas dalam sebuah kerusuhan. Ia terbakar api.

Ruang dan waktu memisahkan mereka, namun takdir mempertemukan mereka.”

Sinopsis Filem GUNDALA (2019)

#SoalanCepumas

Filem GUNDALA kini disiarkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 26 Disember 2019. Apakah harapan anda untuk filem sulung ini yang bakal memulakan Semesta Sinematik Bumilangit – dunia perfileman adiwira daripada Indonesia?

Bincangkan.

2 Shares:
You May Also Like