Ketika memperkenalkan barisan pelakon bagi filem CRAZY RICH ASIANS (2018), hos Golden Globes 2019 Sandra Oh yang berketurunan Korea mengambil kesempatan untuk membuat lawak sinis terhadap filem GHOST IN THE SHELL (2017) dan ALOHA (2015) kerana memberi watak utama yang berketurunan Jepun kepada dua pelakon utama di Hollywood yang sememangnya bukan berketurunan Jepun – mahupun Asia – pelakon Scarlett Johansson dan Emma Stone.

Pelakon Emma Stone telah membuat kenyataan dengan pihak media bahawa suara yang kedengaran meminta maaf didalam video diatas sememangnya adalah suaranya yang kini kesal dengan pemilihan studio Hollywood untuk dirinya memainkan watak separuh Jepun didalam filem komedi tahun 2015 oleh penulis-pengarah Cameron Crowe berjudul ALOHA.

Dengan penambahan kepelbagaian dari segi watak-watak dan jenis filem-filem Hollywood yang berjaya di pasaran box office sedunia seperti tahun 2018 – CRAZY RICH ASIANS, BLACK PANTHER, AQUAMAN – harapannya studio-studio Hollywood akan insaf dan agenda ‘whitewashing’ mereka berakhir.

(Sumber: @DavidMackAU)

0 Shares:
You May Also Like