#TriviaFilem – Sejarah 81 Tahun BATMOBILE Daripada Pelbagai Adaptasi BATMAN

80 Years of Batmobiles

“To the Batmobile!”

— Siri TV, BATMAN, (1966).

Ikuti evolusi Batmobile selama 81 tahun daripada penampilan awalnya di halaman DC Comics kepada siri TV animasi dan pelbagai adaptasi filem. Tenaga kreatif disebalik adaptasi Batman seperti pengarah Christopher Nolan, Joel Schumacher dan Tim Burton, serta pelakon Christian Bale daripada The Dark Knight dan Adam West daripada siri TV Batman 1966 membincangkan evolusi automobil ikonik ini!

  • Bab-bab penting di dalam dokumentari ini (minit dan saat):
    • 2:55 RED SEDAN – Versi pertama dari Detective Comics #27 (Mei 1939).
    • 3:10 BATMOBILE – Oleh Bill Finger, Bob Kane dan Jerry Robinson (1941).
    • 3:35 CADILLAC – Siri filem pendek 15-bab Batman di pawagam (1943).
    • 4:30 REVOLUSI – Siri komik Batman 1950-an merevolusikan automobil ini.
    • 5:15 FORD FUTURA – Batmobile siri TV Batman 1966 oleh George Barris.
    • 10:55 ASSAULT TANK – Rekaan pelukis komik Frank Miller (1986).
    • 11:15 BATMAN 1989 – Oleh Tim Burton dan pereka Anton Furst.
    • 18:50 BATMAN: THE ANIMATED SERIES – Versi siri TV animasi 1992.
    • 19:35 BATMAN FOREVER – Oleh Joel Schumacher + Tim Flattery (1995).
    • 27:05 BATMAN AND ROBIN – Oleh pereka Harald Belker (1997).
    • 30:30 ANIMASI – Evolusi siri Beware The Batman dan Batman Beyond.
    • 32:25 ‘TUMBLER’ – Oleh Christopher Nolan + Nathan Crowley (2005).
    • 44:05 MITOLOGI – Peranan mitologi di dalam evolusi Batmobile!
    • 45:35 BATMOBILES – Himpunan kesemua Batmobile di lot Bob’s Drive-In.
    • 51:00 INSPIRASI – Peranan Batmobile sebagai inspirasi kepada peminat.

#Komen5KupangKu – Evolusi terbaru Batmobile oleh pengarah Matt Reeves untuk filem The Batman (2021) yang berdasarkan ‘American Muscle Car’ adalah versi paling realistik selama 81 tahun kewujudannya. Sebagai seorang peminat tegar Batman, aku berasa amat teruja dan tak tahan hendak menonton variasi terbaru ini beraksi di panggung wayang nanti!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Batman serta DC Comics di:

Batmobile versi manakah yang anda paling minati di dalam sejarah 81 tahun watak Batman diterbitkan oleh DC Comics?

Bincangkan.

8 Shares:
You May Also Like