#TriviaFilem – CAPTAIN MARVEL 2 Bakal Memulakan Fasa Ke-5 MCU!

CAPTAIN MARVEL 2

“I’ve been fighting with one arm behind my back. What happens when I’m finally set free?”

— Carol Danvers, CAPTAIN MARVEL, (2019).

Perancangan disebalik tabir Marvel Studios untuk Fasa Ke-5 MCU telah pun bermula! Laman The Hollywood Reporter (THR) mengesahkan di dalam artikel eksklusif mereka hari ini, bahawa sekuel CAPTAIN MARVEL – filem pertama Marvel Studios yang diterajui pelakon wanita dan berjaya mengutip sebanyak US$1.1 bilion di pasaran box office sedunia – akan memulakan fasa pra-produksinya.

  • Marvel Studios kini di dalam proses perundingan terakhir dengan penulis berbakat Megan McDonnell, satu daripada penulis untuk siri televisyen (TV) Disney+ WANDAVISION.
  • Menurut sumber THR, para pengarah indie Anna Boden dan Ryan Fleck yang menulis dan mengarah bersama filem CAPTAIN MARVEL tidak akan pulang untuk sekuel ini. Sebaliknya mereka kini di dalam proses perundingan untuk mengarah sebuah siri TV Disney+ di dalam semesta sinematik MCU.
Evolusi Captain Marvel di dalam MCU!
Evolusi Captain Marvel di dalam MCU!
  • Marvel Studios kini sedang di dalam proses pencarian sutradara wanita untuk menerajui projek CAPTAIN MARVEL 2 dengan tarikh terbit pada tahun 2022.
  • Tiada plot penceritaan yang didedahkan selain daripada sekuel ini akan melompat masa daripada era 1990-an kepada abad ini. Kali terakhir kita menjumpai Captain Marvel adalah di penghujung AVENGERS: ENDGAME pada tahun 2023.
  • Mungkinkah sekuel ini bersambung sejurus selepas ENDGAME berakhir? Memandangkan Fasa Ke-4 MCU akan berakhir pada tahun 2021, maka adakah filem CAPTAIN MARVEL 2 bakal menjadi pembuka Fasa Ke-5 MCU nanti?
Penerbit Marvel Studios, Kevin Feige di Dewan H, San Diego Comic-Con 2019.
SAN DIEGO, CA – JULY 23: Marvel Studios president and producer Kevin Feige attends the San Diego Comic-Con International 2016 Marvel Panel in Hall H on July 23, 2016 in San Diego, California. ©Marvel Studios 2016 (Photo by Alberto E. Rodriguez/Getty Images for Disney)

“We didn’t even mention that we’re making BLACK PANTHER 2 and we didn’t mention that GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3 is coming. We didn’t even have time to talk about CAPTAIN MARVEL 2 by the way. I didn’t even have time to talk about THE FANTASTIC FOUR. And there’s no time left to talk about mutants.”

Kevin Feige, Panel Marvel Studios, San Diego Comic-Con, (JulaI 2020)

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Semesta Sinematik MCU dan Marvel Comics di:

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk sekuel CAPTAIN MARVEL 2 yang bakal memulakan Fasa Ke-5 MCU pada tahun 2022 nanti?

Bincangkan.

9 Shares:
You May Also Like