#TriviaFilem – Disebalik Tabir Babak ‘Long Take’ CREED (2016)

CREED (2016) Ryan Coogler

“One step at a time. One punch at a time. One round at a time.”

Rocky Balboa, CREED, (2016).

Tahukah anda bahawa untuk filem Creed (2016) sutradara Ryan Coogler mengarah jurukamera Steadicam, Benjamin Semanoff untuk mengambil latihan tinju – supaya babak tinju di dalam filem ini lebih dinamik dan kamera tidak berhenti merakam aksi daripada mula sehingga akhir?

Take 11 of 13

Pengarah berbakat Ryan Coogler yang memulakan kariernya dengan filem indie Fruitvale Station (2013), mula menerima perhatian di kalangan pengkarya industri Hollywood dengan kejayaan filem spin-off Creed (2016) di pasaran box office sedunia.

Percaturan dinamik merakamkan babak aksi tinju tanpa ‘cutaways’ sebegini adalah satu daripada sebab utama penerbit Kevin Feige ingin berkerjasama dengan Coogler untuk menjayakan filem Black Panther (2016)!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik pengarah Ryan Coogler, Black Panther, serta Marvel Studios di:

Apakah pendapat anda tentang bakat baru Ryan Coogler yang mula menempah nama di persada dunia dengan filem Black Panther (2018)?

Bincangkan.

0 Shares:
You May Also Like