“Everyone sees what you appear to be, few experience what you really are.”

— Niccoló Machiavelli, THE PRINCE, (1532).

Klip filem kedua untuk filem political thriller DAULAT ditularkan minggu ini – menonjolkan babak-babak disebalik tabir politikus Malaysia, serta mengingatkan penulis kepada siri TV Netflix yang popular HOUSE OF CARDS.

Nikmati klip-klip rasmi daripada filem DAULAT nukilan sulung pengarah Imran Sheik (siri TV JIBRIL) – yang dibintangi oleh Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya, Cristina Suzzane, dan Zul Zamir.

Klip Rasmi Pertama DAULAT – “Pecah Perintah”

Klip Rasmi Kedua DAULAT – “Race & Religion”

Pengarah DAULAT Ke ML Studios!

Teaser Trailer Rasmi DAULAT

#Komen5KupangKu – Setakat ini, aku amat teruja dengan apa yang disajikan oleh pengarah Imran Sheik serta tenaga kreatif disebalik tabir DAULAT! Namun, soalan utama yang dipertikaikan sekarang adalah sama ada rakyat Malaysia bakal menonton filem ini di panggung wayang tanpa apa-apa penapisan berlebihan oleh LPF?

Tindakan yang diambil oleh laman Twitter rasmi DAULAT minggu lepas mendorong peminat untuk meminta agar filem ini dapat dipaparkan melalui pelantar penstriman Netflix tanpa apa-apa penapisan – membayangkan seolah-olah ada masalah disebalik tabir daripada pihak LPF… 😢

Semoga perjalanan DAULAT ke pawagam diseluruh Malaysia nanti tanpa kontroversi!

Poster Dan Sinopsis Filem DAULAT

Setelah mengalami kekalahan dalam pilihanraya umum, presiden MUNA, Hassan mengambil keputusan melantik Suri, anak didik politik beliau sebagai timbalan presiden parti.

Suri, dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan matlamatnya tercapai, termasuklah memastikan MUNA memenangi kembali pilihanraya umum seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun.

Sinopsis Filem DAULAT (2020)

Di pawagam seluruh Malaysia pada pertengahan tahun 2020.

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik DAULAT serta Lacuna Pictures di:

#SoalanCepumas

Apakah yang anda harapkan untuk filem political thriller DAULAT nanti, berdasarkan apa yang dipaparkan setakat ini?

Bincangkan.

7 Shares:
You May Also Like