“Yeah, no, I can’t tell you anything other than the fact that Ghostbusters: Afterlife is a Ghostbusters sequel.”

— Jason Reitman, Pengarah, GHOSTBUSTERS: AFTERLIFE, (2021).

36 tahun selepas memenangi minda dan hati peminat tegar diseluruh dunia, barisan pelakon Ghostbusters (1984) bertemu kembali melalui siri vlog Reunited Apart oleh pelakon Josh Gad untuk mengkongsikan pengalaman mereka disebalik tabir produksi legenda ini!

  • Bab-bab penting di dalam sesi wawancara berkumpulan ini (minit dan saat):
    • 7:45 Dan Akroyd berkongsi proses Ghosbusters daripada idea ke filem
    • 9:45 Bill Murray tentang kali pertama membaca draf skrip Ghostbusters
    • 11:11 Pengalaman pengarah Jason Reitman membesar di set Ghostbusters
    • 12:15 Peratusan Skrip Asal Vs Improv ketika penggambaran Ghostbusters
    • 13:25 Ernie Hudson berkongsi inspirasi disebalik petikan paling menarik
    • 14:00 Inspirasi disebalik watak setiausaha selamba badak, Janine
    • 15:30 Mengingati Ghostbuster yang sudah meninggal: Harold Ramis
    • 21:15 Kumail Nanjiani menyoal kata-kata ikonik Ghostbusters
    • 24:20 Pengarah Jason Reitman tentang sekuel Ghostbusters: Afterlife!
    • 29:40 Inspirasi Ray Parker Jr. untuk lagu tema Ghostbusters

#Komen5KupangKu – Melihat barisan pelakon Ghostbusters (1984) bertemu kembali selepas 36 tahun… aku rasa teruja dan tidak tahan nak menonton sekuel Ghostbusters: Afterlife (2021) arahan Jason Reitman nanti!

Adakah kanak-kanak di dalam trailer Afterlife betul-betul cucu kepada Egon Spengler dan Janine? Adakah barisan pelakon asal seperti Bill Murray, Dan Akroyd, Ernie Hudson dan Rick Moranis bakal membuatkan penampilan kameo nanti? Bolehkah pengarah Jason Reitman menandingi ‘vibe’ ikonik yang dibawa oleh bapanya – Ivan Reitman di dalam filem Ghostbusters (1984)?

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan filem dan siri TV zaman 1980-an:

Apakah pendapat anda tentang pertemuan kembali barisan pelakon filem Ghostbusters (1984) di dalam siri vlog Reunited Apart yang dihoskan oleh pelakon Josh Gad?

Bincangkan.

1 Shares:
You May Also Like