“There’s one thing you boys are forgetting… He’s a man.”

— Gisele Yashar, FAST & FURIOUS 6, (2013).

Selama dua dekad di pawagam, francais FAST & FURIOUS (THE FAST SAGA) telah membuktikan kepada peminat tegar filem-filem aksi sedunia bahawa ia tidak kisah tentang undang-undang fizik seperti graviti mahupun kelogikan realiti di alam maya. Kini, kita boleh menambah keupayaan kembali daripada maut kepada elemen utama THE FAST SAGA!

  • #JusticeForHan – Kita dikejutkan pada bulan Februari lepas ketika acara SUPER BOWL 2020, apabila treler pertama FAST & FURIOUS 9 (2021) menonjolkan kepulangan watak HAN kepada the Fast Family. Kini, ura-ura mengatakan bahawa watak Gisele Yashar, teman wanita Han yang terkorban dalam FAST & FURIOUS 6 (2013) bakal kembali kepada the Fast Family di dalam filem FAST & FURIOUS 10 (2022) nanti.
  • F10 – Menurut sumber We Got This Covered, pihak Universal Studios kini di dalam proses awal perbincangan dengan pelakon Gal Gadot untuk pulang memainkan watak Gisele Yashar di dalam filem terakhir bagi francais FAST & FURIOUS.
Gisele Yashar (Gal Gadot) FAST & FURIOUS 6
  • F&F SpinOff – Memandangkan FAST & FURIOUS 10 bakal menjadi filem terakhir jenis berkumpulan bagi francais ini, Universal Studios berhajat untuk berkerjasama kembali dengan Gal Gadot (yang semakin popular dengan francais WONDER WOMAN) bagi meneruskan THE FAST SAGA melalui sebuah filem spinoff jenis solo pula.
  • F&F Females – Selain daripada itu, pihak Universal Studios dan Vin Diesel juga berhajat moga-moga Gal Gadot kembali untuk menjadi sebahagian daripada barisan pelakon bagi sebuah filem ‘standalone female adventure’ yang hanya terdiri daripada watak-watak wanita di dalam the Fast Family.
The Women of the FAST & FURIOUS franchise (THE FAST SAGA).
  • #JusticeForGisele – Sekiranya kontrak berjaya ditandatangani oleh semua pihak, bagaimana tenaga kreatif disebalik THE FAST SAGA akan menerangkan macamana Gisele Yashar (Gal Gadot) terselamat daripada jatuh kapal terbang di penghujung filem FAST AND FURIOUS 6 masih menjadi misteri setakat ini… 😅

#Komen5KupangKu – Amat penting untuk pembaca yang kurang arif memahami bahawa sumber ura-ura ini adalah daripada laman We Got This Coveredkaki auta No. 1 bagi sumber Fake News di Hollywood. Kami sekadar berkongsi ura-ura tentang 3 projek prospektif di antara Gal Gadot dengan THE FAST SAGA bersama anda setakat ini – tanpa pengesahan konkrit daripada pihak lain…

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI serta wawancara-wawancara eksklusif di:

Apakah pendapat anda sekiranya pelakon Gal Gadot kembali sebagai watak Gisele di dalam filem FAST & FURIOUS 10 nanti?

Bincangkan.

2 Shares:
You May Also Like