#TriviaFilem – Pandang Pertama Timothée Chalamet Daripada Filem DUNE

Filem DUNE

“I must not fear. Fear is the mind-killer. Fear is the little-death that brings total obliteration. I will face my fear. I will permit it to pass over me and through me. And when it has gone past I will turn the inner eye to see its path. Where the fear has gone there will be nothing. Only I will remain.”

— Bene Gesserit’s Litany Against Fear, DUNE, (1965).

55 tahun selepas novel legenda DUNE nukilan penulis tersohor Frank Herbert diterbitkan, ia bakal di adaptasi menjadi sebuah filem blokbuster pada bulan Disember ini oleh pengarah berbakat Denis Villeneuve (ARRIVAL, BLADE RUNNER 2049). Kini majalah Vanity Fair menawarkan pandang pertama filem bergenre Sci Fi yang dinanti-nantikan ini:

  • Foto eksklusif daripada Vanity Fair ini menonjolkan pelakon Timothée Chalamet sebagai watak utama Paul Atreides di planet asalnya, Caladan.
Pandang pertama pelakon Timothee Chalamet daripada filem DUNE (2020).
  • Di dalam foto di atas, kapal pengangkutan angkasa sedang berlabuh di planet kelautan Caladan sebelum membawa puncak kepimpinan House Atreides kepada destinasi terbaru mereka – planet padang pasir, Arrakis.

“The immediately appealing thing about Paul (Atreides) was the fact that in a story of such detail and scale and world-building, the protagonist is on an anti-hero’s-journey of sorts.

He thinks he’s going to be sort of a young general studying his father (Duke Leto Atreides) and his leadership of a fighting force before he comes of age, hopefully a decade later, or something like that.”

Pelakon Timothée Chalamet, DUNE (2020)
  • Di dalam adaptasi DUNE kali ini, Paul Atreides (Timothée Chalamet) akan mempelajari seni pertahanan diri serta strategi ketenteraan daripada askar veteran bernama Gurney Halleck, yang dilakonkan oleh Josh Brolin.
  • Ibu bapa Paul, Duke Leto Atreides (Oscar Isaac) dan Lady Jessica Atreides (Rebecca Ferguson) bukan sahaja perlu mengurus aktiviti perlombongan spice di Arrakis — tetapi juga permainan politik galaktik oleh House Harkonnen di bawah jajahan Emperor Shaddam IV.
  • Selain daripada itu, planet padang pasir Arrakis dihuni oleh suku kaum orang asli bernama Fremen – diketuai oleh Stilgar (Javier Bardem) – yang mempunyai hubungan simbiotik dengan cacing gergasi padang pasir serta sumber kesemua spice di Arakkis.

#Komen5KupangKu – Nantikan lebih banyak previu daripada filem Sci Fi DUNE yang bakal ditiriskan oleh majalah Vanity Fair minggu ini! Aku berharap adaptasi Villenueve kali ini akan dapat menandingi kehebatan novel legenda Frank Herbert daripada tahun 1965…

#SoalanCepumas

Filem DUNE bakal disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 18 Disember 2020, walaupun wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus) mungkin menangguhkan penayangan blokbuster ini ke tahun 2021.

Apakah harapan anda untuk adaptasi filem Sci Fi blokbuster DUNE oleh pengarah tersohor Denis Villeneuve (ARRIVAL, SICARIO) nanti?

Bincangkan.

6 Shares:
You May Also Like