Siri TV Saturday Night Live memberi watak Oscar The Grouch asal-usul gelap di dalam parodi JOKER ini…

  • Ketika pelakon David Harbour menghoskan siri TV Saturday Night Live (SNL) minggu lepas, mereka memparodikan filem JOKER
  • Parodi tersebut membayangkan dunia SESAME STREET di adaptasikan secara realistik oleh pengarah Todd Phillips
  • Pelakon David Harbour memainkan watak Oscar the Grouch bagaikan Arthur Fleck lakonan Joaquin Phoenix
  • Para pelakon komedi SNL menghidupkan watak-watak klasik SESAME STREET seperti Big Bird, Elmo, Cookie Monster dan juga The Count
  • Treler parodi ini berjaya memenangi hati dan minda para penonton sedunia sehinggakan ia dimuatnaik berkali-kali di kesemua laman media sosial

“If everybody calls you trash, and everyone treats you like trash, why don’t you become trash?”

— Oscar the Grouch, SNL (Oktober 2019)

Menginspirasikan Edisi Figura Aksi Tersendiri!

Treler parodi ini teramatlah berjaya sehinggakan ia memberi inspirasi kepada seorang peminat tegar SNL untuk menghasilkan sebuah barisan figura aksi yang terdiri daripada watak-watak klasik SESAME STREET lakonan pelakon komedi SNL.

#SoalanCepumas

Poster parodi THE GROUCH daripada SNL

Apakah adaptasi watak klasik SESAME STREET yang anda minati daripada parodi JOKER ini?

Bincangkan.

6 Shares:
You May Also Like