“Why don’t you pick on someone your own size?”

— Scott Lang, ANT-MAN, (2015).

Sutradara Peyton Reed yang telah mengarah filem ANT-MAN (2015) serta filem ANT-MAN AND THE WASP (2018) bakal kembali sebagai direktor untuk penutup trilogi ini pada Fasa Kelima MCU. Kini, dunia Ant-Man bakal membesar lagi kerana penulis skrip ANT-MAN 3 telah pun dijumpai!

  • Kontrak Loveness bersama Marvel Studios telah pun dimeterai sebelum penutupan Hollywood oleh kerana wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus), dan Loveness telah memulakan proses penulisan untuk ANT-MAN 3.
Jeff Loveness, penulis skrip ANT-MAN 3.
Penulis skrip ANT-MAN 3, Jeff Loveness
  • Loveness semememangnya terkenal dengan penulisan komedi – memulakan kariernya di siri TV komedi larut malam JIMMY KIMMEL LIVE! sebelum menulis bagi upacara-upacara ternama di Hollywood seperti OSCARS, EMMYS dan WHITE HOUSE CORRESPONDENTS’ DINNER. Loveness juga menulis bagi siri TV komedi MIRACLE WORKERS yang dibintangi pelakon Daniel Radcliffe.
Karya-karya komik oleh penulis Jeff Loveness.
Komik-komik nukilan penulis Jeff Loveness
  • Pelakon Paul Rudd bakal kembali sebagai watak Scott Lang/Ant-Man, manakala pelakon Evangeline Lilly sebagai watak Hope Van Dyne/the Wasp untuk penutup trilogi ANT-MAN ini.

#Komen5KupangKu – Pemilihan Jeff Loveness sebagai penulis skrip filem ANT-MAN 3 sememangnya secocok sekali pada pendapat aku, berdasarkan pengalamannya menulis komedi untuk JIMMY KIMMEL LIVE! dan RICK AND MORTY serta semesta Marvel Comics melalui komik GROOT, SPIDER-MAN dan NOVA!

Sekiranya anda ingin mengamati ‘vibe’ komedi Loveness, tonton parodi filem SPIDER-MAN ala-ala filem pengarah Wes Anderson di bawah:

Parodi SPIDER-MAN versi Wes Anderson oleh penulis skrip ANT-MAN, Jeff Loveness

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik ANT-MAN, semesta sinematik MCU serta MARVEL COMICS di:

Apakah pendapat anda tentang pengesahan oleh Marvel Studios bahawa penulis komedi Jeff Loveness bakal menyiapkan skrip filem ANT-MAN 3 nanti?

Bincangkan.

5 Shares:
You May Also Like