#TriviaFilem – Treler Rasmi ROH Menjanjikan Santapan Seram Yang Memukau!

Filem ROH (Kuman Pictures)

“Bila bulan mengambang… Kau semua akan mati!”

— Adik, ROH, (2020).

Acap kali pawagam di tanahair kita dibanjiri dengan filem-filem seram daripada seberang – menampilkan karya-karya bernas dari sutradara inovatif seperti Joko Anwar dan Timo Tjahjanto serta berduyun-duyun lagi yang poyo dan sederhana. Kini, anak jati Malaysia Emir Ezwan tampil dengan filem ROH yang bakal menandingi warkah-warkah seram Indonesia!

  • Untuk pembaca yang tidak arif, filem ROH (SOUL) daripada Kuman Pictures adalah penampilan pertama bagi Emir Ezwan sebagai seorang pengarah – yang sebelum ini bertugas sebagai penyelia artis efek visual untuk beberapa filem tanahair (ONE TWO JAGA, MOTIF).
Treler Rasmi ROH (SOUL)
  • Sebelum ia disiarkan di pawagam di seluruh Malaysia tahun ini, filem ROH (SOUL) telah menerima tayangan perdananya di Festival Filem Antarabangsa Singapore tahun lepas (21 Nov – 1 Dec 2019).
Treler Acah ROH (SOUL)
Filem Pendek “RM10”
  • Emir juga adalah pengasas Entropy Studio dan penyelia artis efek visual disebalik tabir filem Crossroads: One Two Jaga (2018) serta Motif (2019).

Filem ROH (SOUL) oleh pengarah Emir Ezwan bakal disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Ogos 2020.

Poster Dan Sinopsis Filem ROH (SOUL)

Poster filem ROH (SOUL) oleh Kuman Pictures.

“Satu keluarga daif yang menetap di pinggir hutan didatangi seorang budak perempuan yang membawa sebuah ramalan ngeri dan pelbagai peristiwa mistik!

ROH adalah filem sulung arahan sutradara Emir Ezwan (filem pendek “RM10“) yang dibintangi barisan pelakon seperti Farah Ahmad, Nam Ron, Mhia Farhana, Harith Haziq, Puteri Qaseh dan June Lojong.”

Sinopsis Filem ROH (SOUL)

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk filem seram ROH (SOUL) nanti yang ditulis dan diarah oleh tenaga kreatif Emir Ezwan?

Bincangkan.

5 Shares:
You May Also Like