“THIS is the present future, Bill!”

— William “Bill” S. Preston Esq., SUPER BOWL, (2020).

Iklan WALMART ketika acara Super Bowl ke-54 tahun ini bertemakan pelbagai siri televisyen (TV) dan filem Pop Culture daripada Hollywood dengan berduyun-duyun Easter Eggs – memaparkan kenderaan-kenderaan ikonik daripada beberapa filem kesukaan anda:

  • Syarikat Walmart mula menarik perhatian peminat Pop Culture diseluruh dunia pada Januari 2019 dengan iklan pertama Walmart Pickup-nya yang ditularkan sempena acara Anugerah Golden Globes 2019 – sebuah kempen yang menonjolkan kenderaan ikonik daripada filem-filem popular di Hollywood menggunakan servis terbaru Walmart Grocery Pickup.

“We not only picked ‘famous cars’ from iconic movies we knew would be instantly recognizable to our customers – and launched the campaign during one of the film industry’s most popular awards shows – but we also worked with a variety of different Hollywood studios to gain access to these vehicles. This helped ensure the ‘famous cars’ looked just like what our customers knew from the films, while demonstrating the ease, speed and convenience of the service – and that it’s for everyone, regardless of what car you drive.”

Wakil Walmart, WALMART PICKUP, 2019
  • Iklan Walmart Pickup 2019 memaparkan kameo kenderaan-kenderaan ikonik daripada siri TV dan francais filem seperti BatmanGhostbustersKnight Rider, National Lampoon’s Vacation, Jurassic Park, Pixar’s CarsDumb & DumberScooby-DooThe FlintstonesCinderellaBumblebee, dan Back to the Future.
  • Tahun ini untuk acara SUPER BOWL 2020, Walmart kembali dengan sekuel iklan Walmart Pickup yang lebih gah, penuh dengan kameo kenderaan-kenderaan luarbiasa – daripada roket dan kapal angkasa kepada armada Marikh serta kenderaan pengembaraan masa!
  • Iklan terbaru yang bertemakan ‘Out-Of-This-World-Convenience’ ini memaparkan kameo kenderaan-kenderaan ikonik daripada siri TV dan francais filem seperti Star Trek, Guardians of the Galaxy, Flash Gordon, Toy Story, Men In Black, LEGO Movie, Bill & Ted’s Excellent Adventure, Warner Bros’ The Martian, Mars Attacks, The Arrival, Blade Runner dan Star Wars.
  • #Komen5KupangKu – Sememangnya iklan Walmart Pickup pertama teramatlah popular dikalangan peminat tegar Pop Culture sedunia – dikongsi di laman media sosial berkali-kali dan berjaya mentularkan servis Walmart ini. Iklan kedua mempunyai tema yang lebih ketara dan menonjolkan kuasa korporat Walmart untuk menyakinkan pelbagai studio berkerjasama dengan mereka!

Adakah Walmart akan terus-menerus membuat iklan ini menjadi bersiri setiap tahun ketika upacara penuh prestij seperti Golden Globes, Super Bowl dan Oscars – sekadar menukarkan kenderaan ikonik kepada genre filem yang berlainan – berpandukan tema yang dipilihi pada tahun tersebut? 🤔

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik SUPER BOWL di:

#SoalanCepumas

Apakah kenderaan ikonik yang ditampilkan di dalam kedua-dua iklan Walmart Pickup yang anda paling minati?

Bincangkan.

3 Shares:
You May Also Like