#TriviaFilem – Sejarah Drama Disebalik Tabir THE FLASH (2014-2022)!

Poster THE FLASH

“THE FLASH will be a different version of FLASHPOINT than you’re expecting.”

— Andrés Muschietti, THE FLASH, (2022).

Ketika diwawancara oleh laman The Hashtag Show tempoh hari, pengarah Andrés Muschietti (IT, IT Chapter Two) mengesahkan bahawa filem THE FLASH masih di dalam perancangan dan akan diinspirasikan oleh siri komik legenda FLASHPOINT, cuma berlainan:

  • Muschietti diwawancara tempoh hari sejurus selepas menjadi moderator untuk panel bersama barisan pelakon filem horror/thriller UNDERWATER.
  • Apabila ditanya tentang projek seterusnya, Muschietti mengesahkan bahawa THE FLASH bakal memenuhi kalendarnya untuk masa hadapan yang terdekat.
  • Bila diminta butiran yang lebih terperinci, Muschietti sekadar menjawab bahawa THE FLASH akan menawarkan “a different version of FLASHPOINT than you’re expecting”.

Sejarah Siri Komik FLASHPOINT Di DC Comics

  • Untuk pembaca yang kurang arif, siri komik FLASHPOINT (2011) daripada DC Comics memaparkan Barry Allen (The Flash) yang merentasi ke masa lampau ketika Barry masih kanak-kanak untuk menyelamatkan ibunya daripada terkorban di tangan The Reverse Flash (Eobard Thawne).

Suatu perubahan kecil sebegini yang dilakukan oleh The Flash di dalam sejarah DC Comics menyebabkan perubahan besar kepada keseluruhan semesta sehinggakan wujudnya sebuah dimensi alternatif di mana:

  • Barry Allen bukan lagi hero dan dia tidak mempunyai kuasanya lagi, sebaliknya Captain Cold ialah hero utama bandar Central City;
  • Thomas Wayne menyarung topeng Batman dan Martha Wayne kegilaan sehingga menjadi Joker, kerana Bruce Wayne yang sebaliknya terbunuh;
  • Superman tidak dibesarkan oleh Pa dan Ma Kent, sebaliknya oleh kerajaan USA dan dipenjara di bawah tanah Metropolis tanpa pendedahan kepada sumber utama kuasanya – matahari;
  • Empayar Atlantis dan Empayar Amazons berperang sakan di muka bumi sehinggakan kehidupan manusia biasa terancam di negara Great Britain dan benua Eropah Barat.

Siri komik FLASHPOINT nukilan penulis legenda Geoff Johns dan pelukis tersohor Andy Kubert mengubah status quo semesta DC Comics secara amat radikal sekali sehinggakan penghujung crossover ini Melancarkan semula kesemua komik DC Comics pada tahun 2011 di bawah sepanduk The New 52.

Komik FLASHPOINT yang diadaptasikan menjadi filem animasi JUSTICE LEAGUE: THE FLASHPOINT PARADOX

Siri komik ini kemudiannya diadaptasikan oleh penulis Jim Krieg dan pengarah Jay Oliva menjadi filem animasi JUSTICE LEAGUE: THE FLASHPOINT PARADOX melalui Warner Bros Animation pada tahun 2013. Sehingga kini, filem animasi ini popular dan mempunyai penarafan 100% oleh pengkritik dan 92% oleh penonton umum di laman RottenTomatoes.com.

Sejarah Masalah Produksi THE FLASH (2014-2020)

Untuk pembaca yang tidak arif, produksi THE FLASH menghadapi banyak rintangan penuh dengan drama disebalik tabir visi DCEU olahan pengarah Zack Snyder – melewatkan pembikinan filem ini yang sepatutnya disiarkan di pawagam pada tahun 2018.

Visi Zack Snyder untuk THE FLASH
  • Pada tahun 2014, Warner Bros (WB) mengumumkan bahawa THE FLASH bakal terbit pada tahun 2018, menjadi sebahagian daripada visi Zack Snyder ke arah filem JUSTICE LEAGUE PART 2 pada tahun 2019. Malangnya Snyder terpaksa meninggalkan visinya apabila dilanda trauma daripada kematian anak perempuannya; serta kegagalan JUSTICE LEAGUE (2017) di pasaran box office sedunia menyebabkan perubahan strategi di bawah pengurusan baru penerbit legenda Walter Hamada (Semesta Sinematik The Conjuring).
Visi pengarah Seth Grahame-Smith serta Phil Lord dan Chris Miller untuk THE FLASH.
  • Daripada Oktober 2015 ke April 2016, penulis-pengarah Seth Grahame-Smith (Abraham Lincoln: Vampire Hunter) menyandang kerusi pengarah filem THE FLASH dan sepatutnya mengadaptasikan skrip nukilan Phil Lord dan Chris Miller (Into The Spider-Verse, The LEGO Movie). Malangnya pengarah Grahame-Smith akhirnya meninggalkan projek ini terbengkalai kerana ‘perbalahan kreatif’ dengan studio WB.
Visi pengarah Rick Famuyiwa serta Joby Harold untuk THE FLASH.
  • Daripada Jun 2016 ke Oktober 2016, pengarah Rick Famuyiwa (Dope, The Mandalorian) pula menyandang kerusi pengarah filem THE FLASH. Famuyiwa dan penulis Joby Harold (King Arthur: Legend of the Sword) cuba membaiki skrip THE FLASH, namun mereka meninggalkan projek ini kerana ‘perbalahan kreatif’ dengan studio WB.
  • Pada tahun 2017, kehadiran pengurus baru di DCEU – Walter Hamada membekukan projek THE FLASH untuk sementara waktu – sambil Hamada memfokuskan untuk mengubah visi dan nasib DCEU di pasaran box office sedunia dengan filem AQUAMAN, SHAZAM, WONDER WOMAN 1984 dan BIRDS OF PREY.
Visi penulis-pengarah John Francis Daley dan Jonathan Goldstein untuk THE FLASH.
  • Daripada Mac 2018 ke Julai 2019, duo penulis John Francis Daley and Jonathan Goldstein (Spider-Man: Homecoming) pula menyandang kerusi pengarah filem THE FLASH. Daley dan Goldstein menulis skrip baru yang meninggalkan plot FLASHPOINT dan sebaliknya memfokuskan kepada usul-asal watak tersebut. Pelakon Ezra Miller tidak setuju dengan visi mereka yang terlalu ceria dan memberontak untuk menulis skrip baru bersama penulis komik legenda Grant Morrisson (All-Star Superman, JLA) yang lebih suram (“a darker take on the material”). Akhirnya, Daley dan Goldstein meninggalkan projek ini kerana ‘perbalahan kreatif’ dengan studio WB.
Visi pengarah Andres Muschietti dan penulis Christina Hodson untuk THE FLASH.
  • Pada bulan Ogos 2019, pengarah Andrés Muschietti (IT, IT Chapter Two) pula menyandang kerusi pengarah filem THE FLASH. Bila ditanya tentang visinya untuk filem ini, dia menjawab: “An element of horror? I don’t think so. What captivated me about THE FLASH is the human drama in it. The human feelings and emotions that play in the drama [of it]. It’s going to be fun, too. I can’t promise that there will be any horror [elements in it], really, but it’s a beautiful human story.”

Pengarah Andrés Muschietti akan membaiki skrip THE FLASH bersama penulis skrip Christina Hodson (Bumblebee, Birds of Prey) pada keseluruhan tahun ini. Namun, visi Muschietti yang memfokuskan kepada ‘human drama’ dan ‘fun’ untuk skrip THE FLASH mungkin berlainan dengan visi pelakon Ezra Miller… Adakah Andrés Muschietti bakal menjadi pengarah kelima yang meninggalkan projek ini kerana ‘perbalahan kreatif’ dengan studio WB?🤔

Poster Dan Sinopsis THE FLASH

Farou Santiago (@bifrust)

“The Flash causes a temporal ripple that creates a fractured reality where the Justice league has never formed, Superman does not exist and a war rages between Wonder Woman and Aquaman. Flash teams with Batman and Cyborg to restore the timeline.”

Sinopsis Siri Komik FLASHPOINT

#SoalanCepumas

Filem THE FLASH oleh pengarah Andrés Muschietti dan penulis skrip Christina Hodson bakal disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 1 Julai 2022.

Apakah harapan anda untuk filem THE FLASH yang terbengkalai di DCEU sejak tahun 2015 lagi?

Bincangkan.

4 Shares:
You May Also Like