#TriviaFilem – Disebalik Tabir Trilogi THE DARK KNIGHT

The Dark Knight Trilogy

“He’s the hero Gotham deserves, but not the one it needs right now…”

— Commissioner Gordon, THE DARK KNIGHT, (2008).

Dapatkan perspektif dalaman tentang kisah menarik disebalik ciptaan francais Christopher Nolan yang paling diraikan peminat tegar di seluruh dunia, serta bagaimana THE DARK KNIGHT TRILOGY mengubah skop perfileman di Hollywood…selamanya!

The Dark Knight Trilogy // Exclusive Warner Bros. Featurette
  • KONTEN EKSKLUSIF – Ikuti rakaman trilogi THE DARK KNIGHT yang belum pernah dilihat setakat ini, babak-babak unik, serta wawancara eksklusif bersama tenaga kreatif di Hollywood seperti pengarah Guillermo Del Toro (Hellboy, Pacific Rim), Michael Mann (Collateral, Heat) dan Zack Snyder (Justice League, Man of Steel), penulis Damon Lindelof (Watchmen, Lost), serta pengkritik Richard Roeper (Chicago Sun-Times).

#Komen5KupangKu – Selepas menonton featurette eksklusif daripada Warner Bros. ini, aku berharap bahawa penulis-pengarah Matt Reeves dan pelakon Robert Pattinson akan berjaya membawa visi baru kepada filem THE BATMAN yang boleh menandingi visi ultra-realistik pengarah Christopher Nolan dalam THE DARK KNIGHT TRILOGY!

The Batman (2021) // DC FanDome Teaser

Berdasarkan teaser rasmi pertama filem THE BATMAN yang diperlihatkan ketika konvensyen alam maya DC FanDome pada bulan Ogos 2020, aku percaya 100% bahawa Matt Reeves bakal menandingi pencapaian Christopher Nolan di dalam THE DARK KNIGHT TRILOGY – dengan fokus kepada elemen detektif watak Batman yang belum pernah ditonjolkan di layar perak selama kewujudan francais ini dalam 80+ tahun…

Poster & Sinopsis Trilogi THE DARK KNIGHT

The Dark Knight Trilogy poster
The Dark Knight Trilogy poster // Fan art by #MessenjahMatt

“Across THE DARK KNIGHT TRILOGY, director Christopher Nolan changed not only the superhero landscape, but that of blockbusters full-stop!

Explore the origins of Batman via BATMAN BEGINS, to the anarchy of THE DARK KNIGHT, and the final installment THE DARK KNIGHT RISES which brings it all full circle.”

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik BATMAN di:

Apakah babak yang anda paling sukai daripada Christopher Nolan’s THE DARK KNIGHT TRILOGY sehingga kini?

Bincangkan.

2 Shares:
You May Also Like