“Whosoever holds this hammer, if he be worthy, shall possess the power of Thor.”

— Inskripsi yang terpahat di Mjolnir, THOR, (2011).

#FaktaMCU – Ketika filem keempat Semesta Sinematik Marvel (MCU), THOR masih di dalam proses pra-produksi pada tahun 2009 rupa-rupanya pelakon Tom Hiddleston yang terkenal dengan perwatakan Loki yang licik (daripada 2011-2019); sebenarnya mula-mula membuat uji bakat untuk watak yang berlainan – Thor, the God of Thunder!

  • Ketika diwawancara di rancangan televisyen (TV) THE TONIGHT SHOW tahun lepas, Hiddleston berkongsi dengan hos Jimmy Fallon pengalamannya melakukan ujibakat untuk filem THOR pada tahun 2009.
  • Hiddleston mendedahkan bahawa dia tidak pernah melakukan ujibakat untuk watak Loki langsung, dan sebaliknya proses uji bakat filem THOR yang berlangsung selama 3 bulan dilakukannya hanya untuk watak utama Thor Odinson!
  • Featurette ekstra pada Blu Ray THOR: THE DARK WORLD juga mentiriskan pendapat penerbit Kevin Feige dan pelakon Natalie Portman – bagaimana Tom Hiddleston lebih secocok untuk menghidupkan watak Loki.
  • #Komen5KupangKu – Syukurlah Hiddleston TIDAK mendapat watak Thor dan sebaliknya Chris Hemsworth yang akhirnya menjayakannya! Kita semua amat bertuah untuk mendapat dua pelakon yang amat berbakat menghidupkan watak ikonik Thor dan Loki di layar perak…
  • Hiddleston juga mengesahkan di dalam wawancara bersama Fallon bahawa produksi untuk siri TV Disney+ LOKI bakal bermula pada 2020, dengan tarikh terbitnya pada awal tahun 2021.

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik THOR, semesta sinematik MARVEL serta DISNEY+ di:

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk siri TV Disney+ LOKI yang bakal disiarkan pada tahun 2021 nanti?

Bincangkan.

5 Shares:
You May Also Like