“Remember, the Force will be with you always.”

— Obi-Wan Kenobi, STAR WARS, (1977).

Fenomena francais filem STAR WARS telah memberi impak yang sememangnya tidak dapat disangkal lagi kepada industri perfileman Hollywood serta peminat tegar diseluruh dunia selama 4 dekad ini:

  • Bermula daripada visi seorang pengarah legenda, George Lucas pada era 1970-an, francais filem STAR WARS bakal mengakhiri The Skywalker Saga apabila filem STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER ditayangkan di seluruh dunia mulai 20 Disember 2019.
  • Menyedari sejarah 42 tahunnya sebagai francais filem Hollywood yang berjaya, pemasaran filem terakhir di dalam saga ini mengingatkan penonton kepada warisan francais ini kepada pelbagai generasi sejak tahun 1977 lagi.
  • Kedua-dua featurette yang dikepilkan menonjolkan pelbagai generasi kreatif yang pernah membantingkan tenaga dan kreativiti mereka untuk menghidupkan dunia in a galaxy far, far away ini…
  • Selain daripada mengubah bagaimana industri Hollywood membina dan memasarkan filem-filem blokbuster untuk selamanya, George Lucas juga bertanggungjawab membawa inovasi kepada seni efek visual melalui penubuhan syarikat Industrial Light and Magic (ILM),
  • #SoalanCepumas – Apakah memori terindah yang anda kecapi sebagai seorang peminat tegar STAR WARS selama 42 tahun ini? Bincangkan.
4 Shares:
You May Also Like
Read More

#POPTrivia – Kameo ANNABELLE Dalam Filem AQUAMAN!

#SoalanCepumas - Adakah ini bermaksud bahawa DC Extended Universe dan The Conjuring Cinematic Universe sebenarnya berkait? Bagaimanakah patung Annabelle keluar daripada kotak berkuncinya? Siapakah yang membuang Annabelle ke dasar laut? Adakah Ed Warren sebenarnya Putera Raja Orm? Adakah syaitan yang menginapi patung Annabelle akan berleluasa di Atlantis nanti?