#TriviaFilem – Tahukah Anda Siapakah Pelakon Watak Marvel Comics Paling Lama?

Pelakon Hugh Jackman telah memenangi sebuah anugerah Golden Globe, sebuah Emmy, sebuah Grammy dan dua anugerah Tonys,  serta sekarang dia boleh bermegah dengan dianugerahi oleh sebuah Guinness World Record!

Ketika diwawancara untuk sebuah rancangan pagi di Britain, “This Morning”, pelakon Australia berumur 50 tahun ini dikejutkan dengan anugerah Guinness World Record oleh Craig Glenday, editor-in-chief untuk Guinness World Records yang menobatkan Jackman sebagai pelakon yang memegang watak Marvel Comics terlama didalam sejarah industri Hollywood setakat ini!

Untuk Jackman yang memegang watak Wolverine sejak tahun 2000 lagi daripada filem X-MEN, ini adalah satu impian sejak daripada kecil lagi yang akhirnya dikecapinya.

Namun, Jackman bukanlah pelakon yang memenangi anugerah ini seorang diri. Dia berkongsi anugerah ini bersama pelakon Sir Patrick Stewart yang memegang watak Charles Xavier sejak tahun 2000 juga dalam filem X-MEN – dengan keduanya memainkan watak-watak mereka untuk kali terakhir dalam filem 2017 – LOGAN.

Menurut editor Guinness World Records, kedua-dua pelakon ini telah memainkan watak-watak mereka selama 16 tahun dan 228 hari.

“It was an honour to be able to finally hand over a certificate to Hugh and welcome him personally into the Guinness World Records family. I’ve met hundreds of record holders over my 16 years at GWR, and each time I get a kick out of being able to celebrate their achievements.”

Craig Glenday, Guinness World Records

#Komen2KupangKu – Dengan hakcipta X-MEN beralih daripada FOX kepada Marvel Studios selepas 19 tahun di panggung, siapakah pelakon yang anda harapkan akan mengambil alih watak Wolverine dan Professor X apabila Marvel Studios me-reboot francais ini nanti?

Bincangkan.

0 Shares:
You May Also Like