#TriviaFilem – Tahukah Anda Filem WATCHMEN Menyambut Ulangtahun Ke-10nya Bulan Ini?

Pada 6 Mac 2009, filem WATCHMEN terbit di pawagam seluruh dunia – membawa seni visual pengarah Zack Snyder yang unik dan inovatif serta karya grafik novel nukilan legenda Alan Moore kepada khalayak umum!

Dalam babak yang dipaparkan di atas, kedudukan ‘The Comedian’ adalah kedudukan yang sama diduduki oleh si pembelot Judas dalam lukisan Renaissance oleh Leonardo da Vinci! Sesungguhnya filem oleh Zack Snyder ini penuh dengan unsur-unsur tersirat yang mungkin terlalu bernas untuk khalayak umum fahami.

Dalam sedekad sejak filem WATCHMEN diterbitkan, – genre adiwira di pawagam melalui evolusi yang tidak dapat dijangkakan sepuluh tahun dahulu – daripada kejayaan Marvel Cinematic Universe menawan hati dan minda penonton sedunia; kepada kegagalan DC Extended Universe di bawah kelolaan pengarah Zack Snyder serta penebusannya di tangan Patty Jenkins (Wonder Woman) dan James Wan (Aquaman).

#Komen5KupangKuPada pendapat penulis, WATCHMEN adalah sebuah filem yang terlalu awal diketengahkan di Hollywood. Sekiranya ia diterbitkan pada zaman sekarang, selepas penonton umum biasa melihat evolusi genre filem adiwira dengan filem-filem lebih kompleks seperti CAPTAIN AMERICA: WINTER SOLDIER, CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR, AVENGERS: INFINITY WAR, DEADPOOL dan LOGAN… kemungkinan besar filem adiwira kompleks seperti WATCHMEN akan lebih diterima oleh khalayak umum.

Selamat Ulangtahun ke-10, filem WATCHMEN!

0 Shares:
You May Also Like