#TriviaFilem – Tahukah Anda James Gunn Pengarah Pertama Yang Akan Menerajui Filem MCU Dan DCEU?

“WE. ARE. GROOT!!!”

Menurut Deadline.com yang mula-mula melaporkan berita eksklusif ini, sutradara kontroversial James Gunn telah dikembalikan semula oleh pihak Disney kepada kerusi pengarah untuk menjayakan projek GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3 bagi Marvel Studios!

Untuk pembaca yang tidak arif, selepas pemecatan mengejut James Gunn daripada projek GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3 oleh pengerusi Walt Disney Studios, Alan Horn pada lewat bulan Julai tahun lepas – keputusan untuk mengembalikannya semula adalah suatu perbincangan yang menjangkau berbulan-bulan lamanya diantara Horn dengan presiden Marvel Studios, Kevin Feige.

Imbasan Berita 21 Julai 2018

Mengapa Disney berubah hati akhirnya? Selepas pemecatan tersebut, Horn telah berjumpa dengan Gunn beberapa kali untuk membincangkan situasi ini. Melihat cara matang Gunn meminta maaf kepada pihak awam diatas Tweet-tweet lamanya daripada tahun 2007-2008 tentang lawak satira yang berbaur seks diluar tabii, Alan teruja dengan keihklasan Gunn dan membuat keputusan untuk mengambil Gunn kembali kepada projek Guardians di Marvel Studios.

Memandangkan barisan pelakon trilogi Guardians of the Galaxy – Chris Pratt, Zoey Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Sean Gunn, Michael Rooker dan Pom Klementieff – secara puratanya menyokong kepulangan Gunn kepada francais ini sejak hari pertama pemecatannya lagi, ada kemungkinan yang sekuel Guardians yang terbaru ini bakal menambah kepada pulangan francais ini yang kini telah mengutip sebanyak US$1.6 billion di seluruh dunia!

Kepulangan Gunn kepada GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3 akan ditangguhkan sehingga selepas Gunn melengkapkan tanggungjawabnya menerajui filem SUICIDE SQUAD 2 dibawah sepanduk Warner Bros Studios untuk DCEU – yang bakal disiarkan di pawagam seluruh dunia pada 6 Ogos 2021.

#Komen5KupangKuBaguslah Gunn sudah kembali ke Marvel Studios! Selepas pengarah-pengarah berbakat seperti Taika Waititi, Edgar Wright dan Travis Knight menolak peluang untuk mengganti Gunn…memang sekuel GUARDIANS OF THE GALAXY kelihatan bagaikan terkubur seketika.

Lawak sarkastik Waititi di atas kepulangan Gunn!

Selamat kembali kepada Marvel Cinematic Universe, James Gunn!!!

0 Shares:
You May Also Like