#TriviaKomik – Siapa Tiru Siapa – MAN-THING (Marvel) Atau SWAMP THING (DC)?

Didalam 80 tahun sejarah dunia penerbitan komik di Amerika Syarikat, sememangnya persaingan diantara syarikat DC Comics dan Marvel Comics adalah sesuatu yang normal.

Meniru watak komik pesaing yang berjaya dipasaran adalah sesuatu strategi yang sering digunakan oleh kedua-dua syarikat komik ini.

Namun misteri disebalik asal-usul watak komik MAN-THING dan SWAMP THING amat menarik sekali!

 

Watak MAN-THING oleh Marvel Comics terbit didalam komik SAVAGE TALES #1 pada bulan Mei 1971.

Watak SWAMP THING oleh DC Comics pula terbit didalam komik HOUSE OF SECRETS #92 pada bulan Julai 1971.

Yang menariknya, Len Wein, pencipta SWAMP THING dan Gerry Conway, pencipta MAN-THING menginap didalam bilik dorm yang sama di kolej pada tahun 1971!

 

Jadi adakah ini bermaksud bahawa syarikat DC Comics meniru watak asal daripada Marvel Comics?

 

Salah.

Jawapannya adalah Wein dan Conway kedua-duanya diinspirasikan oleh watak komik THE HEAP, antagonis kepada hero dalam AIRBOY COMICS yang terbit sejak tahun 1942 lagi.

Ironinya, selepas syarikat yang menerbitkan AIRBOY COMICS muflis pada tahun 1953, watak THE HEAP kembali terbit dalam isu THE PSYCHO #2 pada bulan Mac 1971!

Nampaknya ramai benar penulis komik pada tahun 1971 teruja dengan idea seorang manusia mati dan pulang kembali sebagai makhluk elemental… 😉

#SwampThing #ManThing #TheHeap #MarvelvsDC #WeirdButTrue #BuzzPopTV

(Sumber: @ComicCoverage)

0 Shares:
You May Also Like