#TriviaKomik – 5 Fakta Yang Anda Wajib Tahu Tentang Watak Marvel Comics U.S. AGENT

U.S. Agent

“Someday there is going to be a reckoning and I’ll prove to the world that I’d make a better symbol of America than him…”

— John Walker, U.S. AGENT, (Earth-616).

Laman Twitter digemparkan semalam dengan pandang pertama pelakon Wyatt Russell (Overlord, 22 Jump Street) sebagai watak U.S. Agent daripada set penggambaran siri televisyen (TV) Disney+, THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER. Jom pelajari 5 fakta yang anda wajib tahu tentang asal-usul musuh ketat Captain America ini daripada halaman Marvel Comics!

Pandang pertama U.S. Agent daripada set penggambaran siri Tv Disney+, THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER
Pandang pertama U.S.Agent
  • Watak U.S. Agent yang lebih dikenali sebagai John Walker mula-mula muncul di dalam halaman komik CAPTAIN AMERICA #323 (Nov 1986) nukilan penulis Mark Gruenwald dan pelukis Paul Neary. Walker membesar mengidolakan abangnya Michael – seorang patriot yang terkorban ketika Perang Vietnam.
Captain America #325 (Nov 1986)
  • Ini menjadi motivasi utama Walker bagi menjalani eksperimen di bawah penjahat Power Broker untuk mendapatkan kuasa luar biasa dan menjadi adiwira bernama Super-Patriot – yang memperlekehkan Captain America di media awam kerana tidak cukup ideal untuk menjadi simbol perjuangan Amerika Syarikat!
Captain America #327 (Mac 1986)
Captain America #334 (Okt 1986)
  • Di halaman komik CAPTAIN AMERICA #354 selepas Walker tumpas di tangan Steve Rogers yang mengambil kembali identitinya sebagai Captain America di dalam isu CAPTAIN AMERICA #350, Walker muncul kembali sebagai U.S. Agent – menjadi duri di dalam daging kepada Captain America dan Avengers West Coast.
Captain America #354 (Jun 1989)
  • Dengan kemunculan pelakon Wyatt Russell sebagai U.S. Agent di set penggambaran siri TV Disney+ THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER, adakah ini bermaksud bahawa anasir John Walker bakal muncul di dalam semesta sinematik Marvel (MCU) kerana dia tidak setuju dengan pemilihan The Falcon sebagai pengganti legasi Captain America?

Adakah ini bermaksud bahawa John Walker bakal berganding bahu dengan Lemar Hoskins (sebagai Bucky yang kemudiannya menukar identiti kepada Battlestar di halaman komik) di kaca TV anda nanti di dalam siri TV Disney+ THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER? Memandangkan U.S. Agent juga pernah terlibat dengan kumpulan anti-hero/ahli penjahat THUNDERBOLTS di dalam halaman Marvel Comics, adakah ini klu awal bahawa mereka bakal membuat kemunculan di dalam Fasa Ke-4 MCU nanti?

Poster Dan Sinopsis THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER

Poster siri TV Disney+ THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER

The Falcon and the Winter Soldier is an upcoming Disney+ television series by Malcolm Spellman, featuring Sam Wilson / Falcon and Bucky Barnes / Winter Soldier set in the Marvel Cinematic Universe (MCU).

Taking place after Avengers: Endgame, it will mainly focus on Falcon and Bucky’s shared adventures whilst facing against their old enemy Baron Zemo.”

Sinops THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER, Fasa Ke-4 MCU dan Marvel Comics di:

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk penampilan pertama watak U.S. Agent di dalam MCU melalui siri TV Disney+ THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER nanti?

Bincangkan.

8 Shares:
You May Also Like