“This is not the time for pizza!”

— Batman, BATMAN VS. TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES, (2019).

Untuk pembaca yang tidak arif, setakat ini watak adiwira BATMAN serta kumpulan TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES telah berganding bahu di dalam halaman komik sebanyak 4 kali. Gandingan ini teramatlah popular dikalangan peminat tegar DC/IDW Comics sehinggakan ia diadaptasikan menjadi filem animasi dan permainan video!

BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES (2015)
BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES (2015)
  • SHREDDER TAKES ON GOTHAM – Komik bersiri mini 6-isu BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES oleh penulis James Tynion IV serta pelukis Freddie Williams II diterbitkan IDW dan DC Comics pada tahun 2015 – mengisahkan tentang Turtles dan Shredder yang terdampar di realiti alternatif Gotham City angkara Krang, serta perjalanan mereka untuk kembali ke realiti New York mereka dengan pertolongan Batman dan Rogues Gallery-nya.
  • BANE Vs NYC – Pada tahun 2017, penulis James Tynion IV dan pelukis Freddie Williams II kembali untuk komik bersiri mini 6-isu BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES II yang memaparkan apa terjadi apabila Bane dan Donatello berubah dimensi realiti, dan Bane mula berleluasa di New York dimensi Turtles dengan mengambil alih The Foot Clan.
BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES II (2017)
BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES II (2017)
  • MULTIVERSE MASH-UP – Kejayaan dua siri komik sebelum ini di pasaran, menyebabkan BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES III diterbitkan pada tahun 2019 – kali ini mengisahkan tentang komplot terkutuk Krang yang menggabungkan multiverse Batman dengan Turtles menjadi satu realiti – supaya mereka cukup leka dengan perubahan kepada asal-usul sebenar dan dapat ditumpaskan sekaligus!
BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES III (2019)
BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES III (2019)
  • ANIMATED ADAPTATION – Kejayaan gandingan ini di halaman komik menyebabkan Warner Bros Animation mengadaptasikan siri komik pertama daripada tahun 2015 menjadi filem animasi BATMAN VS. TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES pada bulan Mei 2019.
  • ANIMATED ADVENTURES – Selain daripada itu, gandingan dunia animasi Batman: The Animated Adventures dengan dunia animasi Teenage Mutant Ninja Turtles daripada Nickleodeon berlaku pada tahun 2016 di dalam siri komik bersiri mini 6-isu BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES ADVENTURES oleh penulis Matthew K. Manning dan pelukis Jon Sommariva. Kali ini, sebuah portal antara dimensi terbuka di Arkham Asylum yang menyebabkan segelintir ahli Rogues Gallery Batman terlepas di New York City dan berleluasa menentang Turtles.
BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES Adventures (2016)
BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES ADVENTURES (2016)

#Komen5KupangKu – Gandingan ini tersangatlah popular di kalangan peminat tegar DC Comics, sehinggakan adiwira berkumpulan TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES ditwarkan sebagai watak-watak DLC di dalam permainan video INJUSTICE 2!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik BATMAN, TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES, serta DC COMICS di:

Komik crossover BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES yang manakah yang and paling minati?

Bincangkan.

4 Shares:
You May Also Like