“Bagaikan Sirih Pulang Ke Gagangnya…”

Kehadiran watak klasik Marvel Comics, editor The Daily Bugle dan musuh ketat Spider-Man dalam industri media – J. Jonah Jameson di dalam babak pertengahan kredit untuk filem SPIDER-MAN: FAR FROM HOME semestinya mengejutkan kebanyakan peminat tegar Marvel Cinematic Universe (MCU) di pawagam sedunia ketika menontonnya. Terutamanya apabila pelakon veteran yang tersohor, J.K. Simmons (Whiplash, Juno, La La Land) pulang untuk memainkan watak yang disukai ramai ini sejak kemunculannya di dalam filem SPIDER-MAN (2002)!

Trivia Komik tentang kepulangan J.K. Simmons sebagai watak J. Jonah Jameson di dalam SPIDER-MAN: FAR FROM HOME.
j. jonah jameson strikes back!

5 Punca Kebencian J. Jonah Jameson Terhadap Spider-Man Menurut Marvel Comics!

Untuk pembaca yang tidak arif, watak J. Jonah Jameson terikat dengan mitos Spider-Man sejak detik awal siri komik ini lagi mulai isu AMAZING SPIDER-MAN #1 (Mac 1963). Sudah berdekad lamanya kebencian J. Jonah Jameson terhadap Spider-Man yang dilaporkan di dalam surat khabar The Daily Bugle telah menyebabkan khalayak umum terpedaya dengan kuasa media massa dan turut melihat The Friendly Neighborhood Spider-Man sebagai sebuah ancaman kepada masyarakat!

Di dalam sejarah 56 tahun watak J. Jonah Jameson (JJJ) di halaman Marvel Comics, pelbagai penulis siri komik Spider-Man telah menteorikan punca sebenar kebenciannya terhadap ahli Avengers ini. Dalam ruangan #TriviaKomik hari ini, kita akan menerokai pelbagai evolusi watak J. Jonah Jameson dan mencungkil 5 sebab mengapa dia membenci Spider-Man.

Punca #1 – Publisiti

Punca asal kebencian JJJ terhadap Spider-Man berdasarkan kemunculan pertamanya di dalam komik AMAZING SPIDER-MAN #1 (nukilan Stan Lee dan Steve Ditko), di mana Jameson mempercayai bahawa kanak-kanak yang belum akil baligh bakal mengalami malapetaka ataupun mengundang maut sekiranya mereka terikut-ikut dan cuba mengekori lagak lincah Spider-Man. Jameson menyarankan kanak-kanak mengikut langkah hero yang lebih tradisional dan model insan berwawasan seperti anak sulungnya yang merupakan seorang angkasawan Amerika Syarikat ketika itu – John Jameson…

Keratan daripada komik AMAZING SPIDER-MAN #1

Walaupun selepas Spider-Man menyelamatkan nyawa angkasawan John Jameson daripada maut kerana kapsul angkasanya mengalami masalah teknikal, kebencian JJJ tetap membuak-buak dan publisiti buruk masih mengekori hidup Wall Crawler kesukaan ramai ini…

Keratan daripada komik AMAZING SPIDER-MAN #1

Ia mengundang pembaca siri komik ini untuk mula bertanya: Apakah motivasi sebenar disebalik kebencian Jameson dan agenda harian surat khabar The Daily Bugle di dalam merosakkan nama baik The Friendly Neighborhood Spider-Man?

Keratan daripada komik AMAZING SPIDER-MAN #1

Di dalam isu komik AMAZING SPIDER-MAN #5 (nukilan Stan Lee and Steve Ditko), apabila setiausahanya Betty Brant menuduh JJJ sebagai penerbit surat khabar Anti-Spider-Man dan menyangkal motif sebenarnya – Jameson menawarkan satu motivasi mengapa dia betindak sebegitu: semata-mata sebagai publisiti murahan untuk melariskan penjualan naskah akhbar The Daily Bugle sebanyak mungkin!

Keratan daripada komik AMAZING SPIDER-MAN #5
Keratan daripada komik AMAZING SPIDER-MAN #5

Namun wartawan Peter Parker yang juga hadir ketika Jameson membuat penerangan tersebut kepada Betty Brant, sekalipun tidak mempercayai bahawa ini adalah motivasi sebenar JJJ membenci Spider-Man.

Punca #2 – Cemburu

Di dalam isu komik AMAZING SPIDER-MAN #10, dengan artis Steve Ditko mengambil alih tugasan menulis plot Spider-Man dengan lebih lanjut daripada Stan Lee – kita akhirnya mendapat punca utama mengapa Jameson membenci Spider-Man. Rupa-rupanya JJJ mencemburui Spider-Man!

Keratan daripada komik AMAZING SPIDER-MAN #10

Untuk bertahun lamanya, ini menjadi motivasi sebenar disebalik kebencian Jameson terhadap Spider-Man – walaupun ia merupakan sebuah tanggapan negatif bagi watak ini. Namun, penjelasan ini munasabah untuk waktu itu kerana pencipta Steve Ditko sememangnya tidak menyukai watak Jameson dan tidak kisah bahawa ia menukar JJJ menjadi sebuah pembuli awam untuk Spider-Man.

Sedekad kemudian, penulis Marv Wolfman menyentuh kembali tentang sifat cemburu Jameson terhadap Spider-Man di dalam isu komik AMAZING SPIDER-MAN #192 (nukilan Wolfman, Keith Pollard dan Jim Mooney)…

Keratan daripada komik AMAZING SPIDER-MAN #192
Keratan daripada komik AMAZING SPIDER-MAN #192

Punca #3 – Konsep ‘Vigilante Justice’

Pada zaman 1990-an, penerangan artis Steve Ditko bahawa cemburu adalah motivasi utama Jameson membenci Spider-Man semakin tidak munasabah untuk dunia komik yang lebih kompleks dan matang. Oleh itu di dalam isu komik SPECTACULAR SPIDER-MAN #175 (nukilan David Michelinie dan Sal Buscema), watak Mary Jane menteorikan bahawa punca utama kebencian Jameson terhadap Spider-Man adalah kerana Spidey tidak mendapat saranan ataupun persetujuan daripada kerajaan untuk menegakkan undang-undang. Maka tindakan Spider-Man untuk menyelamatkan keadaan dipandang oleh Jameson sebagai ‘vigilante justice’ (menegakkan keadilan tanpa kawalan kerajaan)…

Keratan daripada komik SPECTACULAR SPIDER-MAN #175

Namun, ini tidak menerangkan mengapa Jameson sendiri bersifat hipokrit dan rela melonggarkan undang-undang di dalam agendanya untuk menjatuhkan Spider-Man – daripada mengupah penjahat seperti Mysterio untuk menewaskan Spidey, kepada ‘mencipta’ The Scorpion untuk menewaskan Spidey, serta menggunakan robot (sebanyak 4 kali!) untuk membunuh Spidey!

Punca #4 – Konsep “Masks”

Pada waktu yang sama pada zaman 1990-an, siri animasi The Spider-Man menteorikan bahawa punca sebenar kebencian Jameson terhadap Spider-Man berasal daripada fakta bahawa isteri Jameson sebenarnya telah dibunuh oleh seseorang yang memakai topeng (“masks”). Oleh itu, sejak hari itu Jameson tidak mempercayai mana-mana pihak yang memakai topeng – walaupun ia adalah untuk kebaikkan masyarakat umum seperti Spider-Man.

Di dalam isu komik SPIDER-MAN’S TANGLED WEB #20 (nukilan Zeb Wells dan Dean Haspiel) yang terbit pada bulan Januari 2003, motif “masks” ini kembali untuk memainkan peranan penting di dalam evolusi watak J. Jonah Jameson yang terbaru bagi pembaca komik era 2000-an.

Keratan daripada komik SPIDER-MAN'S TANGLED WEB #20

Jameson mendapat asal usul baru di mana ayahnya adalah seorang hero perajurit peperangan yang malangnya juga seorang pendera ketika zaman JJJ membesar. Ini menyebabkan Jameson membenci semua jenis manusia yang ‘bertopeng’ (“mask”) ataupun bermuka-muka dikhalayak ramai – tampak baik di hadapan masyarakat tetapi sebenarnya besifat buruk disebaliknya. Pada Jameson, Spidey juga tampak baik sebagai seorang adiwira dikhalayak ramai, tetapi mungkin mempunyai agendanya yang tersendiri disebalik tabir…

Keratan daripada komik SPIDER-MAN'S TANGLED WEB #20

Interpretasi moden oleh Zeb Wells ini berlainan daripada asal-usul yang diberi oleh Steve Ditko pada zaman 1960-an – menonjolkan Jameson sebagai watak yang mempunyai kisah silam terseksa dengan penderaan oleh ayahnya serta kematian isterinya yang membuatkan JJJ menjadi sebuah watak yang lebih unik dan realistik untuk pembaca komik zaman moden.

Sekurang-kurangnya, kini kebencian Jameson terhadap Spider-Man lebih munasabah jika dibandingkan dengan punca-punca sebelum ini yang agak lemah seperti sifat cemburu ataupun sekadar publisiti murahan untuk melariskan penjualan naskah akhbar The Daily Bugle!

Punca #5 – Tidak Puas Hati

Yang kelakarnya, untuk seketika waktu pada tahun 1996 penulis tersohor Kurt Busiek dan artis Paul Lee memberi punca alternatif bagi kebencian Jameson terhadap Spider-Man di dalam isu komik AMAZING FANTASY #18. Rupa-rupanya Jameson tidak berpuas hati dengan Spidey sejak dia menyebabkan anaknya – angkasawan Amerika Syarikat, John Jameson – tersingkir daripada menjadi tetamu eksklusif untuk sebuah episod rancangan bual bicara di TV!

Keratan daripada komik AMAZING FANTASY #18

#SoalanCepumas

Berdasarkan babak pertengahan kredit untuk filem SPIDER-MAN: FAR FROM HOME yang menonjolkan watak J. Jonah Jameson mendedahkan identiti sebenar Spider-Man kepada masyarakat umum melalui DailyBugle.Net, kebarangkalian watak Mac Gargan (lakonan Michael Mando) untuk pulang sebagai The Scorpion di dalam filem ketiga Spider-Man adalah agak tinggi – walaupun pengarah Jon Watts masih tiada pelan lagi untuk sekuel yang seterusnya.

Imbasan J.K. Simmons sebagai J. Jonah Jameson di dalam filem SPIDER-MAN: FAR FROM HOME!

Apakah reaksi anda kepada kepulangan pelakon J.K. Simmons sebagai J. Jonah Jameson? Bagaimanakah reaksi di panggung wayang ketika JJJ didedahkan di dalam babak pertengahan kredit tersebut?

Bincangkan.

#SpiderMan #FarFromHome #MCU #MarvelStudios #BuzzPopTV

(Sumber: @CBR)

0 Shares:
You May Also Like