#TriviaKomik – JOKER WAR Menjanjikan Pertempuran Terakhir Di Antara BATMAN vs JOKER

Banner JOKER WAR

“It would be THE END. The Last Laugh. The FINAL Battle!”

— Joker, BATMAN #85, (Dis 2019).

Mulai bulan April 2020, pertempuran terakhir di antara Batman dan the Joker yang berjudul JOKER WAR bakal bermula di halaman DC Comics!

  • Sejak arka cerita BATMAN: DEATH OF THE FAMILY (2012) lagi, Joker telah mengetahui identiti sebenar Batman, namun dia masih belum mengambil tindakan di atas informasi ini.
Muka depan komik BATMAN #93
Muka depan Komik BATMAN #93 oleh artis Tony Daniel (15 April 2020)
  • Mulai isu komik BATMAN #93 (15 April 2020), ini semua bakal berubah! Batman kini di dalam posisi terlemah – dengan Nightwing tercedera kerana tembakan di kepalanya, Alfred terbunuh, dan hubungan tegang diantara Batman dengan Commissioner Gordon serta GCPD.
  • Bagi pembaca yang tidak arif, crossover JOKER WAR diacahkan di dalam isu BATMAN #85 (Dis 2019) – selepas Superman mendedahkan identitinya kepada seluruh dunia, Joker menyedari yang dia mempunyai informasi untuk menghancurkan dunia Bruce Wayne/ Batman!
Bila Joker menyedari dia boleh membunuh Bruce Wayne selama-lamanya...
Previu BATMAN #85 oleh pelukis Guillem March. (Sumber: DC)
  • Komik BATMAN #86 menyambung cerita ini apabila Joker menghancurkan markasnya dan membunuh kesemua henchmen-nya untuk bersedia bagi JOKER WAR. Buat kerja gila betul Joker nih…
  • #Komen5KupangKu – Adakah Joker bakal mentularkan identiti sebenar Batman kepada seluruh dunia? Adakah Joker bakal mengumumkan peperangan umum dengan Wayne Enterprises? Adakah Joker bakal membunuh sidekicks Batman satu persatu?
Muka depan komik DETECTIVCE COMICS #1023
DETECTIVE COMICS #1023 (Mei 2020)
  • JOKER WARpertempuran terakhir di antara the Dark Knight dengan the Clown Prince of Crime bakal bermula pada bulan April 2020 di dalam halaman komik BATMAN #93-100!

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik BATMAN, semesta sinematik DCEU dan dunia DC COMICS di:

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk crossover DC Comics JOKER WAR di BATMAN #93 nanti?

Bincangkan.

11 Shares:
You May Also Like