#TriviaKomik – Diamond Comic Distributors Hentikan Pengedaran Komik Amerika Syarikat Ke Seluruh Dunia

“We are hearing from thousands of retailers that they can no longer service their customers as they have in the past, many of them forced to close by government action or resort to in-person or curbside delivery. Even those still open are seeing reduced foot traffic in most cases, a situation that seems likely to worsen with time.”

— Steve Geppi, Pengasas, Diamond Comic Distributors, (2020).

Pengedar Komik Amerika Syarikat ke seluruh dunia, Diamond Comic Distributors membuatkan pengumuman bahawa mereka akan menghentikan pengedaran komik terbitan Marvel, DC, Image dan lain-lain untuk sementara waktu – selagi krisis wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus) belum ditangani.

  • Pada hari Isnin. 23 Mac 2020 syarikat Diamond Comic Distributors mengumumkan gencatan pengedaran komik-komik Amerika Syarikat ke seluruh dunia untuk sementara waktu selagi wabak pandemik Covid-19 terus berleluasa.
  • 2000 kedai komik di benua Amerika Utara serta beratus kedai komik diseluruh dunia tidak akan mendapat apa-apa produk baru mulai tarikh 1 April 2020 kehadapan.
  • Ini merupakan sebuah krisis eksistensi kepada industri komik Amerika Syarikat yang hanya mempunyai satu pengedar sedunia sejak tahun 1997 lagi – Diamond Comic Distributors!
  • Menurut Steve Geppi, pengasas Diamond Comic Distributors:

“Our publishing partners are also faced with numerous issues in their supply chain, working with creators, printers, and increasing uncertainty when it comes to the production and delivery of products for us to distribute. Our freight networks are feeling the strain and are already experiencing delays, while our distribution centers in New York, California, and Pennsylvania were all closed late last week. Our own home office in Maryland instituted a work from home policy, and experts say that we can expect further closures.

Therefore, my only logical conclusion is to cease the distribution of new weekly product until there is greater clarity on the progress made toward stemming the spread of this disease.”

Steve Geppi, Pengasas, Diamond Comic Distributors
  • Komentar wakil majalah industri komik Amerika Syarikat, ICv2 tentang krisis pengedaran sedunia ini:
Milton Griepp, Penerbit, Majalah Industri Komik Amerika Syarikat, ICv2.
Kredit: icv2.com

“Comic stores remain the channel with the best margins for publishers of books and periodicals, and help build the communities that drive the audiences for those intellectual properties to the movies and TV shows where the real money is made.

“We urge [large publishers] to think about the long run and the value that comes from the thousands of independent retailers that have built their businesses. It’s going to take a herculean effort to rebuild from this crisis, and the largest companies are going to have to step up or watch their concentration of sales in a small handful of mass merchants, specialty retail chains, and Amazon accelerate even as the heart of their market disappears along with the stores that serve them.”

Milton Griepp, Penerbit, Majalah Industri Komik Amerika Syarikat ICv2

#Komen5KupangKu – Untuk sebuah industri yang meraih penjualan sebanyak US$1.1 bilion tahun lepas dan merupakan kilang IP utama bagi kebanyakkan filem, siri televisyen, permainan video serta industri pelesenan masa kini…

Sudah sampai masanya untuk industri komik Amerika Syarikat mengalami evolusi ataupun mati!

Industri yang berumur lebih daripada 80-tahun ini patut mengakui bahawa langkah mereka pada tahun 1997 untuk menghentikan pengedaran kepada kedai buku, kedai runcit serta pasaraya sedunia – untuk memfokuskan secara eksklusif HANYA kepada kedai komik adalah satu tindakan yang salah.

Mereka patut memecahkan monopoli sedunia Diamond Comic Distributors dengan menjual komik kepada pelbagai jenis kedai buku, runcit dan pasaraya sedunia kembali SERTA mencari pelantar pengedaran digital yang lebih efisien seperti Netflix – tetapi untuk komik Amerika Syarikat!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik wabak pandemik Covid-19 di:

Pada pendapat anda, adakah krisis pengedaran ini bakal menyebabkan penerbit-penerbit komik Amerika Syarikat berkerjasama untuk membuka pengedaran sedunia kepada pasaran awam seperti kedai buku, kedai runcit dan pasaraya kembali?

Adakah anda akan membayar yuran bulanan sekiranya wujud sebuah pelantar komik secara digital seperti Netflix tetapi untuk komik-komik Amerika Syarikat?

Bincangkan.

4 Shares:
You May Also Like