“My favorite part of Comic-Con? The groupies.”

— Joss Whedon, AVENGERS, (2012).

Selepas menangguhkan WonderCon bulan lepas, kini penganjur Comic-Con International sedang di dalam proses pertimbangan sama ada untuk membatalkan San Diego Comic-Con 2020 (SDCC) atau pun tidak pada bulan Julai nanti, kerana wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus) semakin menular di Amerika Syarikat.

  • Menurut penganjur Comic-Con International, pihak berkuasa bandar San Diego kini sedang menilai liabiliti kewangan yang bakal berlaku sekiranya mereka membuat keputusan untuk membatalkan SDCC tahun ini.
  • Ketika diwawancara The San Diego Union-Tribune Joe Terzi, CEO Lembaga Pelancongan San Diego berkata: “Based on our knowledge of the event, it will be very difficult for them to have that event in July. With other events you could do things to keep people separate, but Comic-Con is a whole different animal, it’s a massive sea of people.”
  • Lembaga Pelancongan San Diego telah berbincang dengan 50 hotel berdekatan pusat konvensyen San Diego untuk mendapatkan jaminan: “Any cancellation fees or penalties for this year’s event be waived as we work through this challenging process.”
San Diego Convention Center
Pusat Konvensyen San Diego
  • Menurut David Glanzer, Ketua Pegawai Komunikasi dan Strategi SDCC mereka berharap untuk membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi dan sedang menerokai penganjuran konvensyen SDCC versi atas talian sekiranya ia dibatalkan tahun ini.
  • Glanzer menambah: “We understand that many stakeholders rely upon our conventions as a major portion of their yearly income and livelihood, but we are truly in uncharted territory. We do not want to disappoint the people who have saved, planned, and are looking forward to the show this summer, but the primary concern, what is chief among all our concerns, is the health and safety of not only our attendees, but the public as well.”
SDCC crowd
Kesesakan Di SDCC

#Komen5KupangKu – Konvensyen SDCC sememangnya penting kepada penduduk San Diego serta bisnes-bisnes disekeliling bandar tersebut – kerana ia adalah acara tahunan terbesar bagi dunia Pop Culture. Pada tahun 2019 sahaja, acara 4-hari ini telah menjana sebanyak US$149 juta kepada bisnes dikeseluruhan San Diego!

Memandangkan hotel-hotel di bandar San Diego akan mula membuka sesi tempahan bilik bagi SDCC (Julai 2020) pada bulan ini, pihak Comic-Con International serta pihak berkuasa bandar San Diego perlu membuat pengumuman rasmi dengan secepat mungkin – untuk mengelakkan wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus) daripada terus berleluasa di Amerika Syarikat.

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Coronavirus serta kesannya kepada industri Hollywood di:

Apakah pendapat anda sekiranya acara SDCC 2020 dibatalkan dan sebaliknya dianjurkan di atas talian pada bulan Julai 2020 nanti?

Bincangkan.

7 Shares:
You May Also Like