“The Star Plague… The Great BLACK WINTER… It is… coming!”

— Galactus, THOR #1, (Jan 2020).

Pada penghujung isu THOR #1 yang terbit awal bulan Januari 2020, Raja Thor dinobatkan dengan kuasa kosmik dan pangkat Herald of Thunder oleh Galactus – yang sedang melarikan diri daripada The Black Winter – pembunuh galaksi asal Galactus, the Devourer of Worlds. Kini, baca previu 5-muka surat daripada komik THOR #2 yang menonjolkan kuasa sebenar gelombang maut bernama The Black Winter:

  • Selepas kejutan di penghujung komik THOR #1, penulis berbakat Donny Cates dan artis Nic Klein kembali lagi dengan kejutan terbaru untuk isu THOR #2 – kemusnahan JUSTICE LEAGUE serta kesuluruhan DC UNIVERSE!
  • Untuk pembaca yang tidak arif, Galactus jatuh terhempap keatas Bandar Diraja Asgard selepas pertembungannya dengan The Black Winter di awal komik THOR #1.
Komik THOR #1 muka surat terakhir
  • Galactus perlu memakan 5 planet yang unik untuk menguatkan dirinya kembali bagi pertempuran terakhir untuk menyelamatkan semesta Marvel Comics.
  • Raja Thor berkeras mahu menyelamatkan penghuni 5 planet tersebut dengan armada Asgardiannya, sebelum Galactus menelan planet-planet tersebut bulat-bulat.
  • Maka Galactus menguasakan Raja Thor dengan kuasa kosmik bagaikan Silver Surfer, menjadikannya – The Herald of Thunder!

Previu 5-Muka Surat Komik THOR #2

Kini 5-muka surat pertama komik THOR #2 menonjolkan sebuah dunia yang persis mirip seperti DC UNIVERSE yang dilindungi JUSTICE LEAGUE hancur berkecai ditangan gelombang maut bernama The Black Winter.

Komik THOR #2, muka surat 1
Komik THOR #2, muka surat 2
Komik THOR #2, muka surat 3
Komik THOR #2, muka surat 4
Komik THOR #2, muka surat 5

#Komen5KupangKuWalaupun banyak ciri-ciri tentang arka cerita kosmik ini mengingatkan aku kepada komik-komik legenda daripada masa lampau seperti CRISIS ON INFINITE EARTHS (1985) dan THE KREE-SKRULL WAR (1972), namun Cates berjaya mencampurkan elemen Lovecraftian horror serta keagungan legenda-legenda Viking kedalam penulisannya – yang membuatkan pendekatan saga THOR kali ini segar dan mengujakan!

Muka Depan Dan Sinopsis Komik THOR #2

“Before him lies the Black Winter; behind, a trail of death wrought by his own hand. The God of Thunder hurtles through the cosmos, searching for the power to save Asgard and all existence. But no power in the heavens can save a god — a king — from his bloody duty.”

Sinops Komik THOR #2

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik THOR, semesta sinematik MCU dan syarikat Marvel Comics di:

#SoalanCepumas

Adakah anda peminat tegar komik THOR selama 7 tahun yang lepas di bawah kelolaan penulis tersohor Jason Aaron? Apakah jalan cerita yang anda paling minati didalam saganya yang berlangsung selama 7 tahun ini?

Apakah pendapat anda tentang komik THOR di bawah kelolaan Donny Cates, Nic Klein dan Matthew Wilson sejak bulan Januari 2020?

Bincangkan.

5 Shares:
You May Also Like