“I’m just going to keep doing what I’m doing — being the guy who makes sure all the super-crooks and monsters are subject to the same damn laws as everyone else — making sure they know that they — and you — are nothing special! Nothing at all!”

— John Walker, U.S. AGENT, Earth-616, MARVEL.

Pelajari asal-usul disebalik watak John Walker, seorang adiwira bernama U.S. Agent dan seteru Captain America daripada halaman Marvel Comics tahun 1980-an. U.S. Agent bakal memainkan peranan penting di dalam siri TV Marvel Studios yang pertama di saluran Disney+ The Falcon and the Winter Soldier!

  • 00:12 SUPER-PATRIOT – Sumber Kuasa John Walker dan Anasir Jahat Power Broker, Inc.
  • 00:55 CAPTAIN AMERICA 2.0 – Apabila Steve Rogers bersara daripada identiti Captain America pada tahun 1980-an (kerana campur tangan organisasi kerajaan Commission on Superhuman Activities), John Walker menyarung seragam tersebut sebagai Captain America era baru!
  • 01:00 DEATH IN THE FAMILY – Namun aktiviti Walker sebagai adiwira mengundang tragedi apabila ibu bapanya terkorban di tangan organisasi bernama Watchdogs.
  • 01:25 U.S. AGENT – Selepas ditumpaskan Walker dan Steve Rogers, Commission on Superhuman Activities membalas dendam dengan:
    • memalsukan kematian John Walker-Captain America
    • menukarkan penampilan Walker dengan pembedahan plastik
    • mengubah pemikiran Walker dengan kawalan minda
    • memberi identiti baru kepada Walker sebagai U.S. Agent
  • 01:30 AVENGERS WEST COAST – Selepas dipecat sebagai ahli Avengers, Walker mendapat memorinya kembali dan berazam untuk menjadi adiwira yang menegakkan keadilan di Amerika Syarikat!
U.S. Agent set photo

#Komen5KupangKu – Dengan kemunculan pelakon Wyatt Russell sebagai watak U.S. Agent di set penggambaran siri TV Disney+ The Falcon and the Winter Soldier, adakah ini bermaksud bahawa anasir jahat John Walker bakal muncul di dalam semesta sinematik Marvel (MCU) – kerana dia tidak setuju dengan pemilihan The Falcon sebagai pengganti legasi Captain America? Pelajari 5 Fakta Yang Anda Wajib Tahu Tentang Watak Marvel Comics U.S. AGENT!

Poster Dan Sinopsis Penuh

The Falcon and the Winter Soldier is an upcoming Disney+ television series by Malcolm Spellman, featuring Sam Wilson / Falcon and Bucky Barnes / Winter Soldier set in the Marvel Cinematic Universe (MCU). Taking place after Avengers: Endgame, it will mainly focus on Falcon and Bucky’s shared adventures whilst facing against their old enemy Baron Zemo.”

Sinopsis Siri TV Disney+, THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER

Siri televisyen The Falcon and the Winter Soldier bakal disiarkan melalui pelantar penstriman Disney+ pada lewat tahun 2020 nanti.

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan The Falcon and the Winter Soldier serta MCU Phase 4 di:

Apakah harapan anda untuk siri televisyen Marvel Studios pertama di pelantar penstriman Disney+, The Falcon and the Winter Soldier nanti?

Bincangkan.

1 Shares:
You May Also Like