#TriviaKomik – Tahukah Anda Asal Usul Rekaan Sut CAPTAIN MARVEL?

Menurut McKelvie, rekaan sutnya memberi penghormatan kepada karier Carol Danvers sebagai seorang juruterbang dibawah naungan Tentera Udara Amerika Syarikat, sambil masih menyimpan tanda-tanda visual dan warna-warna daripada sut asal Ms. Marvel zaman 1970-an.

Sejak watak Ms. Marvel muncul pada bulan Mac 1968 lagi, terutamanya apabila penulis komik legenda Chris Claremont dan pelukis tersohor Dave Cockrum mengambil alih komik MS. MARVEL pada tahun 1977 – mereka telah cuba untuk mengubah kostumnya kepada sesuatu yang lebih praktikal dan logikal.

Namun, syarikat Marvel enggan mengubah kostum Ms. Marvel secara begitu drastik, jadi Claremont dan Cockrum berkompomi melalui sut biru diatas.

Wawancara COMICS JOURNAL (1979)

Syukurlah hampir 30 tahun kemudian, syarikat Marvel Comics dan peralihan zaman yang lebih matang – menghasilkan sut CAPTAIN MARVEL zaman moden yang lebih praktikal dan logik untuk seorang adiwira yang bertarung lasak sepanjang masa!

(Sumber: Twitter)

0 Shares:
You May Also Like