#TriviaKomik – Tahukah Anda Bahawa AVENGERS Dicipta Kerana Kejayaan JUSTICE LEAGUE?

Kepada pembaca yang tidak arif, komik Justice League of America (Nov 1960) sebenarnya dicipta tiga tahun lebih awal daripada kemunculan komik The Avengers (Sept 1963) di pasaran. Jadi adakah cerita bahawa The Avengers diwujudkan di Marvel Comics kerana kejayaan Justice League of America di pasaran komik Amerika Syarikat benar?

Untuk mendalami asal-usul cerita ini, amat penting untuk kita pulang kepada Zaman Emas Industri Komik di Amerika (1938-1956)!

Gardner Fox: Bapa Komik Adiwira Berkumpulan!

Sebelum kewujudan Justice League of America, kumpulan Justice Society of America mula-mula muncul untuk menambat hati peminat komik di seluruh Amerika Syarikat dua dekad sebelumnya – di dalam komik berjudul All-Star Comics #3 (Dis 1940). Pada halaman komik inilah penulis legenda DC Comics Gardner Fox dan pelukis E.E. Hibbard telah mencipta kumpulan adiwira yang pertama dalam sejarah komik sedunia bernama Justice Society of America !

Gardner Fox: Bapa Komik Adiwira Berkumpulan!

Kumpulan adiwira pertama di dalam sejarah komik ini diwakili oleh the Spectre, the Sandman, the Atom, the Flash, Green Lantern dan Hawkman. Kerana watak-watak seperti the Flash, Green Lantern, the Atom dan Hawkman pada waktu itu diterbitkan oleh All-American Publishing dan bukannya DC Comics – maka All-Star Comics #3 merupakan komik pertama yang bukan sahaja memaparkan kumpulan adiwira pertama di dalam dunia, tetapi juga ‘crossover’ pertama diantara dua syarikat komik!

Zaman Perak Industri Komik di Amerika (1956-1970)

Selepas Perang Dunia Ke-2, Gardner Fox menghidupkan kembali ideanya untuk menulis komik adiwira berkumpulan dengan mencipta kumpulan Justice League of America berdasarkan kejayaannya dengan Justice Society of America pada zaman 1940-an.

Kumpulan adiwira terunggul DC Comics ini memulakan hidup mereka di dalam halaman komik The Brave and the Bold #28 (Mac 1960) di mana lima adiwira ikonik bertempur dengan Starro the Conqueror.

Akhirnya pada bulan November 1960, liga adiwira ini mendapat siri mereka sendiri dengan penampilan pertama antagonis, Despero dalam Justice League of America #1. Liga adiwira Justice League of America diwakili oleh tujuh watak DC Comics yang paling popular pada zaman itu: Superman, Batman, Aquaman, Flash, Green Lantern, Martian Manhunter dan Wonder Woman.

Sejak daripada saat itu, Justice League of America menjadi asas kepada kesuluruhan semesta DC Comics!

Kemunculan Komik Adiwira Berkumpulan Di Marvel Comics

Oleh kerana kejayaan Justice League of America (JLA) di pasaran industri komik Amerika Syarikat daripada tahun 1960-1963, suatu insiden yang penting berlaku pada suatu hari yang menyebabkan JLA menjadi inspirasi bagi segala komik adiwira berkumpulan di Marvel Comics.

Jack Liebowitz, Penerbit DC Comics Zaman 1960-an

Pada suatu hari dalam tahun 1961, penerbit DC Comics – Jack Liebowitz terjumpa penerbit Marvel Comics – Martin Goodman di padang golf dan dia bermegah tentang sambutan baik yang di alami DC Comics sejak mereka menerbitkan komik JLA. Liebowitz mengesyorkan Goodman cuba mencipta komik adiwira berkumpulan mereka sendiri untuk menaikkan kadar penjualan komik di Marvel.

Martin Goodman, Penerbit Marvel Comics Zaman 1960-an

Pantang dicabar oleh Liebowtiz, Goodman pulang ke studio Marvel Comics dan menugaskan Stan Lee untuk mencipta sebuah komik adiwira berkumpulan. Selepas berfikir panjang tentang cabaran tersebut… Stan Lee dan Jack Kirby mencipta keluarga adiwira pertama Marvel Comics: The Fantastic 4.(Nov 1961)!

Dengan kejayaan The Fantastic Four untuk menambat hati pembaca komik tegar di Amerika Syarikat, dalam masa tiga tahun sahaja ia menjadi satu-satunya komik terlaris di pasaran! Melihat sambutan baik daripada pasaran, Goodman mengujakan Stan Lee untuk mencipta lebih banyak komik adiwira berkumpulan untuk Marvel Comics.

Kemunculan Komik Adiwira Berkumpulan di Marvel Comics (1960-1963)!

Maka pada bulan September 1963 (tiga tahun selepas kemunculan Justice League of America), Marvel Comics menerbitkan dua lagi komik adiwira berkumpulan yang berjaya mengegarkan pasaran komik Amerika Syarikat – The X-Men #1 dan The Avengers #1 !

Isu pertama The X-Men menonjolkan kelas pertama pelajar mutants di bawah kelolaan Professor Charles Xavier – Cyclops, Marvel Girl, Angel, Iceman dan Beast – menentang anasir jahat Magneto. Manakala isu pertama The Avengers pula menonjolkan pengasas kumpulan ini: Ant-Man (Hank Pym), The Wasp, Iron Man, Thor, dan The Hulk – menentang anasir jahat si Loki.

Sejak daripada hari itu, bermulalah legasi komik adiwira berkumpulan di Marvel Comics yang disukai ramai seluruh dunia – yang sebenarnya diinspirasikan daripada kejayaan komik Justice League of America di DC Comics!

#SoalanCepumas – Apakah komik adiwira berkumpulan yang paling disukai oleh anda?

Bincangkan.

0 Shares:
You May Also Like