Laman media sosial gempar semalam sejurus dengan terbitnya treler rasmi terbaru AVENGERS: ENDGAME pada pukul 8:00 malam di Malaysia (sekitar 5:00 pagi di Los Angeles, 8:00 pagi di New York). Kebanyakkan peminat tegar MCU terutamanya teruja dengan penghujung treler tersebut yang menonjolkan pertemuan pertama di antara Thor Odinson dan Carol Danvers!

Secara purata, reaksi utama peminat-peminat menghendaki Thor dan Captain Marvel menjadi ‘power couple’ terbaru MCU:

Namun, ada juga peminat yang tidak mahukan ini berlaku dan sekadar terhibur dengan idea mereka berkerjasama untuk menumpaskan Thanos nanti:

#Komen5KupangKuThor dan Captain Marvel berkerjasama di dalam halaman komik THE AVENGERS bukanlah sesuatu idea yang baru, namun reaksi-reaksi peminat tegar MCU ini agak menyegarkan kerana pada mereka ini adalah kali pertama ia berlaku… X’D

Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like