#TriviaKomik – Pencipta CAPTAIN MARVEL Berang Dengan Filem CAPTAIN MARVEL!

Sumbangan penulis legenda Marvel Comics, Roy Thomas kepada watak Captain Marvel sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Kepada pembaca yang kurang arif, Thomas telah mencipta watak Carol Danvers dalam komik MARVEL SUPER-HEROES FEATURING: CAPTAIN MARVEL #13 (Mac 1968) sebagai watak sampingan dan bakal kekasih kepada watak Doctor Walter Lawson/Mar-Vell/Captain Marvel.

Beliau juga menulis babak pada isu MARVEL SUPER-HEROES FEATURING: CAPTAIN MARVEL #18 (Nov 1969) di mana Carol Danvers terperangkap di dalam sebuah letupan bersama Mar-Vell -yang menggabungkan sel-selnya dengan dengan panglima Kree ini – memberi Danvers kuasa-kuasa Captain Marvel.

Thomas akhirnya menulis siri ‘THE KREE-SKRULL WAR’ di ruangan komik THE AVENGERS (isu #84 sehingga #97) daripada Jun 1971 sehingga Mac 1972 sebuah kisah epik tentang peperangan intergalaktik antara dua empayar yang masih disanjung peminat tegar komik Avengers sehingga ke zaman sekarang.

Maka apabila otai seperti Thomas bertutur, wajarlah kita berfikir sejenak tentang apa yang cuba disampaikannya. Ketika Roy Thomas diwawancara dua minggu lepas oleh BleedingCool.com sejurus selepas menonton CAPTAIN MARVEL, inilah komentar utamanya tentang filem ke-21 Marvel Studios ini:

It’s not one of the better Marvel movies, not as good an origin as the recent BLACK PANTHER (or, dare I say it, the Warner/DC WONDER WOMAN movie), but it’s entertaining, especially as a setup of things to come – and very soon, at that – in AVENGERS: ENDGAME.

Actually, the one thing I really hated in the film was turning the Skrulls into a peace-loving race, with the Kree as the heavies.

As far as I’m concerned as the principal conceptualizer of the Kree/Skrull War (and I suspect Stan Lee and Jack Kirby would’ve agreed with me), the Skrulls and the Kree are each as bad as each other, as they say.

Having the Skrulls all mushy and family-friendly at the end left a bad taste in my mouth… but I loved ’em for most of the movie, when they were doing shape-shifting stuff that looked (and as far as I’m concerned, were) downright evil.

Roy Thomas, pencipta CAPTAIN MARVEL dan penulis KREE_SKRULL WAR.

#SoalanCepumas – Untuk wawancara yang penuh bersama legenda Roy Thomas, sila klik ke pautan ini. Jadi apa pendapat anda dengan komentar Thomas terhadap filem CAPTAIN MARVEL.

Bincangkan.

0 Shares:
You May Also Like