Disiarkan di kaca televisyen seluruh Amerika Syarikat ketika upacara anugerah Golden Globes 2019 hujung minggu lepas, iklan tv oleh syarikat Walmart ini menonjolkan kesemua kereta-kereta epik daripada genre filem dan siri televisyen yang anda pernah minati dalam budaya pop zaman 1980-an!

Daripada kereta Batmobile versi filem BATMAN (1989) kepada kereta keranda GHOSTBUSTERS (1984) dan K.I.T.T. daripada siri televisyen KNIGHT RIDER (1982)….elemen nostalgia budaya pop zaman ’80-an dalam iklan ini teramatlah epik!

Tidak dilupakan juga kameo oleh kenderaan-kenderaan zaman ’90-an seperti van daripada filem JURASSIC PARK (1993) dan zaman 2000 seperti kereta ‘Tumbler’ daripada BATMAN BEGINS (2005).

#SoalanCepumas – Kenderaan apakah yang anda perasan daripada iklan televisyen Walmart diatas?

Bincangkan.

(Sumber: @Walmart)

0 Shares:
You May Also Like