“Denn die Todten reiten Schnell. (For the dead travel fast.)”

— Bram Stoker, DRACULA, (1897).

Pencipta kreatif disebalik produksi siri televisyen (TV) BBC SHERLOCK HOLMES (2010) penulis Steven Moffat (Doctor Who, Coupling) dan penulis Mark Gatiss (The League of Gentlemen) kembali ke kaca TV anda dengan warkah terbaru mereka – adaptasi novel seram tahun 1897 nukilan Bram Stoker – DRACULA:

  • Adaptasi DRACULA oleh Moffat dan Gatiss adalah usahsama diantara BBC dan Netflix – tiga episod yang disiarkan tiga hari beturut-turut bermula daripada 1 Januari 2020.
  • Featurette disebalik tabir DRACULA memaparkan bagaimana novel 1897 oleh Bram Stoker memberi inspirasi kepada Moffat dan Gatiss daripada segi casting pelakon-pelakon yang terlibat di dalam produksi ini.
  • Pereka kostum berbakat, Sarah Arthur (Sherlock, 24: Live Another Day) serta jurusolek professional Dave dan Lou Elsey (Igor Studios) mendedahkan inspirasi disebalik kostum dan efek make-up yang digunakan untuk menghidupkan watak Dracula.
  • Treler acah BBC’s DRACULA (2020).
  • Treler rasmi BBC’s DRACULA (2020).

Poster dan Sinopsis BBC’s DRACULA (2020)

Poster BBC's DRACULA (2020).

“In 1897 Transylvania, the blood-drinking Count draws his plans against Victorian London.”

Sinopsis BBC’s DRACULA (2020)

#SoalanCepumas

Siri TV 3-episod DRACULA bakal disiarkan melalui pelantar Netflix mulai 4 Januari 2010.

Apakah harapan anda untuk adaptasi Bram Stoker’s DRACULA (1897) oleh Moffat dan Gatiss (BBC’s Sherlock Holmes) nanti?

Bincangkan.

2 Shares:
You May Also Like