“Returning to life time and again since the ancient Middle Ages, the evil lord Dracula has driven people to terror. Each time Dracula returned from the dead, the Belmont Clan fought him in the shadows, wielding the holy whip. Through their efforts, humanity avoided the Darkness, securing prosperity.

Order of Ecclesia , CASTLEVANIA, (2017).

Treler rasmi pertama untuk musim ketiga siri televisyen (TV) Netflix’s CASTLEVANIA menonjolkan kepulangan hero Travis Belmont dan rakan-rakan pengembaraannya!

  • Sejak musim pertama Netflix’s CASTLEVANIA ditayangkan pada tahun 2017, adaptasi permainan video ikonik oleh Konami daripada zaman 1980-an ini memaparkan peperangan Dracula ke atas umat manusia – selepas isterinya terbunuh kerana dituduh sebagai ahli sihir.
  • Musim pertama Netflix’s CASTLEVANIA menonjolkan penyatuan hero-hero utamanya: Trevor Belmont si pemburu vampire yang dihina masyarakat, Sypha si ahli sihir yang suka mengembara, dan Alucard anak Dracula yang memberontak – di bawah satu panji peperangan.
Tiga hero utama siri TV Netflix CASTLEVANIA - Sypha si Ahli Sihir, Travis Belmont si Pemburu Vampire, dan Alucard anak Dracula!
Sypha si Ahli Sihir, Travis Belmont si Pemburu Vampire, Alucard anak Dracula
  • Musim kedua Netflix’s CASTLEVANIA pula menonjolkan konfrontasi terakhir mereka dengan Dracula dan Dewan Perang Vampire-nya – terutamanya vampire bercita-cita tinggi Carmilla serta pembelot umat manusia seperti Forgemaster Hector dan Forgemaster Isaac.
  • Nampaknya kematian Raja Vampire, Dracula di penghujung musim kedua membawa pergolakan kuasa di antara Dewan Perang Vampire di dalam musim ketiga Netflix’s CASTLEVANIA nanti:
  • #Komen5KupangKu – Apakah nasib umat manusia yang dianiayai dengan lebih banyak makhluk malam yang lebih berani menodai kampung-kampung, serta lebih banyak vampires merancang penguasaan mutlak secara global? Dapatkah taring sebatan terbakar Belmont menyelamatkan keadaan di hujung zaman peradaban umat manusia?

Poster Dan Sinopsis CASTLEVANIA Musim Ketiga

Poster CASTLEVANIA musim ketiga di Netflix.

“Belmont and Sypha settle into a village with sinister secrets, Alucard mentors a pair of admirers, and Isaac embarks on a quest to locate Hector.”

Sinopsis Musim Ketiga CASTLEVANIA

Musim ketiga siri TV CASTLEVANIA bakal disiarkan di pelantar penstriman Netflix mulai 5 March 2020.

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk musim ketiga CASTLEVANIA di Netflix nanti?

Bincangkan.

2 Shares:
You May Also Like