“I am…the Monitor! And I have summoned you here because your universes are about to die!”

— The Monitor, CRISIS OF INFINITE EARTHS, (April 1985).

10 fakta yang anda wajib tahu untuk siri televisyen crossover saluran The CW tahun ini, CRISIS ON INFINITE EARTHS:

  • Siri televisyen (TV) crossover ini yang bermula pada hari Ahad, 8 Disember 2019 bakal menggabungkan kesemua siri televisyen Arrowverse di saluran CW – Arrow, The Flash, Supergirl, Batwoman, Legends of Tomorrow dan Black Lightning.
  • Crossover ini akan berlangsung selama 5-episod di dalam tempoh dua bulan – dengan tiga jam pertamanya disiarkan di dalam siri TV Batwoman (8 Disember), Supergirl (9 Disember) dan The Flash (10 Disember) pada bulan Disember 2019. Selepas cuti Krismas dan Tahun Baru, crossover ini akan berakhir di dalam siri TV Arrow (14 Januari) dan Legends of Tomorrow (14 Januari) pada bulan Januari 2020.
Crisis On Infinite Earths cover by George Perez and Alex Ross!
  • Siri komik 12-isu Crisis on Infinite Earths (1985) adalah saga paling epik di dalam sejarah DC Comics – mengubah semesta komik ini selamanya dengan kematian Barry Allen (The Flash) dan Kara Zor-El (Supergirl).
  • Plot utama siri komik 12-isu Crisis on Infinite Earths (1985) nukilan penulis tersohor Marv Wolfman dan pelukis legenda George Perez mengisahkan tentang the Monitor yang mengumpulkan adiwira daripada pelbagai semesta DC Comics untuk mengalahkan the Anti-Monitor.

Kameo-Kameo CRISIS ON INFINITE EARTHS

Untuk crossover siri TV ini, pelbagai pelakon daripada kesemua media Warner Bros sebelum ini bakal kembali untuk mewakili dunia-dunia yang bakal dihancurkan oleh the Anti-Monitor sekiranya the Monitor dan adiwira yang terkumpul tidak berjaya mengalahkannya.

View this post on Instagram

#SuperFriends #CrisisOnInfiniteEarths

A post shared by Brandon Routh (@brandonjrouth) on

  • Pelakon Ashley Scott yang memainkan watak Huntress untuk siri TV CW, BIRDS OF PREY (2002-2003) serta pelakon Burt Ward yang memainkan watak Dick Grayson/Robin untuk siri TV BATMAN (1966-1968) juga akan membuat kameo di dalam Crisis nanti.
  • Pelakon Tom Cavanagh yang biasa memainkan watak Harrison Wells di dalam siri TV THE FLASH serta pelakon Audrey Marie Anderson yang biasa memainkan watak Lyla Michaels di dalam siri TV ARROW, bakal memainkan watak Pariah dan Harbinger – pengikut setia the Monitor di dalam Crisis.

Sebahagian daripada barisan pelakon CRISIS ON INFINITE EARTHS: (daripada arah kiri ke kanan): LaMonica Garrett sebagai The Monitor, Candace Patton sebagai Iris West-Allen (The Flash), Tyler Hoechlin sebagai Earth-38 Superman (Supergirl), Osric Chau sebagai Ryan Choi/The Atom 2.0, Tom Cavanagh sebagai Pariah, Hartley Sawyer sebagai Elongated Man (The Flash), Cress Williams sebagai Black Lightning (Black Lightning), Audrey Marie Anderson sebagai Harbinger (Arrow), Grant Gustin sebagai The Flash (The Flash), Brandon Routh sebagai Superman, dan David Ramsey sebagai Diggle (Arrow).

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk siri TV crossover 5-episod CRISIS ON INFINITE EARTHS nanti?

Bincangkan.

23 Shares:
You May Also Like