#TriviaTV – Disney+ Mengumumkan 600 Rancangan Pada Hari Pertama!

Logo Pelantar Penstriman Disney+

Pelantar penstriman Disney+ mengumumkan 600 filem dan siri TV… melayari selama 100 tahun

  • Disney memuatnaik bebenang Twitter sepanjang 300 kicauan minggu lepas – menonjolkan 600 rancangan yang akan disiarkan mulai pelancaran Disney+ pada hari pertama
  • Rancangan yang diumumkan termasuk filem animasi Disney yang pertama ‘Snow White and the Seven Dwarfs’ (1937)
  • Rancangan yang termasuk juga menampilkan filem-filem lama seperti ‘The Story of Perri’ (1957) serta filem-filem klasik daripada 20th Century Fox seperti ‘Miracle on 34th Street’ (1973)
  • Siri-siri lain yang ditonjolkan adalah pelbagai filem dan siri TV bertemakan Star Wars dan aksi adiwira daripada Marvel Cinematic Universe
  • Disney+ juga akan menampilkan rancangan daripada 20th Century Fox, National Geographic, Pixar, dan Disney Animation Studios

Bebenang Twitter Terpanjang Di Dunia?

Layari kesemua 600 rancangan yang ditawarkan Disney+ mulai hari pertamanya dengan mengklik bebenang Twitter di bawah sepanjang 300 kicauan:

Treler YouTube Terpanjang Di Dunia?

Sekiranya anda mempunyai masa terluang sebanyak beberapa jam, laman YouTube DISNEY juga mentularkan sebuah treler video sepanjang 3 jam dan 17 minit yang memaparkan klip kesemua rancangan Disney+ yang ditawarkan mulai hari pertama pensiaran bermula untuk pelantar penstriman ini:

Treler Rancangan DISNEY+

#SoalanCepumas

Apakah siri TV ataupun filem yang anda nanti-nantikan untuk dilayan di atas pelantar penstriman Disney+ pada hari pertama nanti?

Bincangkan.

6 Shares:
You May Also Like