“Scan the personnel files for the M.A.S.K. agents best suited for this mission!”

— Matt Trakker, M.A.S.K., (1985).

Pada zaman kegemilangan siri animasi di televisyen ketika era 1980-an, kartun M.A.S.K. dilahirkan. Seperti pesaing-pesaingnya yang lain pada era tersebut, siri animasi ini diikuti dengan pelbagai siri permainan yang terdiri daripada figura aksi serta kenderaan-kenderaan dwi-fungsi yang boleh berubah bentuk:

  • M.A.S.K. adalah sebuah francais media yang diilhamkan oleh syarikat permainan Kenner Products daripada 1985-1988.
  • Premis utama siri animasi ini adalah perperangan diantara pasukan perisik peribadi M.A.S.K. (Mobile Armored Strike Kommand) dengan sindiket jenayah V.E.N.O.M. (Vicious Evil Network of Mayhem).
  • Musim pertama siri animasi ini pada tahun 1985 sebanyak 65-episod memfokuskan kepada elemen mencegah jenayah dan membanteras keganasan.
  • Musim keduanya pada tahun 1986 sebanyak 10-episod menyimpang fokusnya menjadi elemen perlumbaan pula yang kurang menarik kepada para penonton.
  • Pada April 2018, studio Paramount Pictures mengumumkan bahawa sebuah adaptasi filem versi live-action untuk M.A.S.K. sedang diuasahakan oleh pengarah F. Gary Gray (The Italian Job, Fate of the Furious) sebagai “a contemporary subculture movie with a youth empowerment angle.”

Sejarah Francais Media M.A.S.K.

Selepas pelancarannya pada tahun 1985, francais ini menjadi popular di dalam pelbagai medium – daripada siri animasi TV selama dua musim, kepada empat siri permainan figura aksi, serta permainan video dan siri komik.

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk adaptasi filem versi live-action M.A.S.K. nanti?

Bincangkan.

14 Shares:
You May Also Like