#TriviaTV – 20 Imej Siri TV Fasa Keempat MCU Di Disney+

Marvel Studios: Expanding the Universe

“If you want to understand everything in future Marvel movies, you’ll probably need a Disney+ subscription – because events from the new shows will factor into forthcoming films such as DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS. I’m not sure we’ve actually acknowledged that before, but it does.”

— Kevin Feige, Bloomberg, (Nov 2019).

Pelantar penstriman DISNEY+ dilancarkan minggu ini pada 12 November 2019, dengan Marvel Studios menjadi sebahagian daripada tawaran kepada pelanggan bulanan:

  • Kandungan utama Marvel Studios di pelantar penstriman Disney+ bermula daripada hari pertama penyiaran dengan 16 filem Marvel Cinematic Universe (MCU):
  • Filem-filem MCU yang lain seperti Thor Ragnarok, Black Panther, Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame serta Ant-Man and the Wasp akan menyusul sejurusnya pada tahun 2020.
  • Setakat ini, masih tiada indikasi sama ada filem Incredible Hulk hak milik Universal Pictures dan dua filem Spider-Man hak milik Sony Pictures akan disiarkan di pelantar Disney+.
  • Selain daripada itu, sebuah dokumentari sepanjang 12-minit berjudul Marvel Studios: Expending The Universe juga disiarkan di Disney+ sejak hari pelancaran pertamanya.
  • Dokumentari ini memaparkan pandang pertama untuk kebanyakkan siri televisyen (TV) Disney+ seperti: Wandavision, The Falcon And The Winter Soldier, What If…? serta Hawkeye.

Previu Siri TV WANDAVISION

Menurut penulis dan pencipta siri TV ini, Jac Schaeffer (Black Widow, Olaf’s Frozen Adventure) WANDAVISION adalah gabungan sebuah: half classic sitcom, half MCU spectacular.” Penerbit Mary Livanos (Guardians of the Galaxy Vol. 2, Guardians of the Galaxy Vol. 3) mengesahkan bahawa siri TV ini adalah diluar jangkaan dan mungkin mengejutkan segolongan peminat tegar MCU.

Previu Siri TV WANDAVISION

Dokumentari ini juga menonjolkan beberapa pelakon sampingan yang bakal terbit di dalam siri TV ini:

  • Pelakon Teyonah Parris memainkan watak Monica Rambeau yang dewasa, seorang adiwira Marvel yang lebih dikenali di dalam halaman komik sebagai Captain Marvel ataupun Photon.
  • Pelakon Kathryn Hahn akan menyandang watak jiran sebelah rumah mereka yang kepoh.
  • Pelakon Randall Park dan Kat Dennings akan kembali sebagai watak S.H.I.E.L.D. Agent Woo dan Darcy Lewis.

Previu Siri TV THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER

Dengan bajet US$25 juta setiap episod, sutradara Kari Skogland yang mengarah kenam-enam episod THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER menjanjikan babak-babak aksi setimpal dengan filem-filem MCU sebelum ini. Walaubagaimanapun, menurut penyelia produksi dan penulis Malcolm Spellman (Empire, Confederate), siri TV ini bukanlah hanya aksi semata-mata kerana ia juga akan mengembangkan watak-watak ini seterusnya.

Pandang pertama The Falcon daripada THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER.

Seni konsept untuk watak-watak utama siri TV ini tertiris, menonjolkan seragam baru untuk The Falcon serta The Winter Soldier yang mirip dengan rekacipta watak asal mereka di halaman Marvel Comics (The Falcon, Bucky).

Pandang pertama The Winter Soldier daripada THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER.

Seni konsep untuk watak Sharon Carter (S.H.I.E.L.D. Agent 13) serta pelakon Wyatt Russell sebagai adiwira U.S. Agent. juga ditiriskan di dalam dokumentari ini.

Pandang pertama Sharon Carter a.k.a. Agent 13 daripada THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER.
Pandang pertama U.S. Agent daripada THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER.

Akhir sekali, sebuah klip pendek yang disiarkan di San Diego Comic-Con 2019 sebelum ini, memaparkan pelakon Daniel Brühl sebagai watak Helmut ‘Baron’ Zemo memakai topeng balaclava berwarna ungu yang ikonik daripada halaman Marvel Comics.

Pandang pertama Baron Zemo daripada THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER.
Pandang pertama Baron Zemo daripada THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER.

Previu Siri TV HAWKEYE

Menurut Kevin Feige, siri TV HAWKEYE akan menerokai hidup Clint Barton sebagai Ronin sebelum peristiwa di dalam Avengers: Endgame, serta Barton melatih penggantinya yang bernama Kate Bishop untuk mengambil alih identiti adiwira Hawkeye.

Pandang pertama siri TV HAWKEYE.

Watak Lucky the Pizza Dog daripada halaman Marvel Comics juga kelihatan di dalam seni konsep diatas. Adakah ini bermakna bahawa Pizza Dog bakal membuatkan kemunculannya di dalam MCU nanti?

Pandang pertama siri TV HAWKEYE.

Walaupun pelakon Hailee Steinfeld diura-urakan menyandang watak Kate Bishop a.k.a. Hawkeye, masih tiada indikasi daripada Kevin Feige serta pihak Marvel Studios sama ada berita ini sahih setakat ini.

Pandang pertama siri TV HAWKEYE.

Previu Siri TV WHAT IF…?

Pelakon Jeffrey Wright membuka segmen dokumentari berkaitan siri TV WHAT IF…? dengan narasi: “Time. Space. Reality. It’s more than a linear path. It’s a prism of endless possibility.”

Previu Siri TV WHAT IF...?

Siri TV animasi ini akan menonjolkan sejarah alternatif MCU sekiranya beberapa fakta diubahkan, sebagai contohnya sekiranya Peggy Carter mengambil serum super soldier dan bukannya Steve Rogers; ataupun sekiranya T’Challa dan bukannya Peter Quill yang diculik ke angkasa lepas pada era ’80-an; ataupun sekiranya MCU dijangkiti virus yang menyebabkan zombi berleluasa seluruh dunia.

Previu Siri TV WHAT IF...?
What If…Peggy Carter Took The Super Soldier Serum?
Previu Siri TV WHAT IF...?
What If…Peggy Carter Took The Super Soldier Serum?
Previu Siri TV WHAT IF...?
What If…Peggy Carter Took The Super Soldier Serum?
Previu Siri TV WHAT IF...?
What If…Peggy Carter Took The Super Soldier Serum?
Previu Siri TV WHAT IF...?
What If…T’Challa Was Abducted Instead By Yondu In The ’80s?
Previu Siri TV WHAT IF...?
What If…T’Challa Was Abducted Instead By Yondu In The ’80s?
Previu Siri TV WHAT IF...?
What If…?
Previu Siri TV WHAT IF...?
What If…The MCU Was Zombified?
Previu Siri TV WHAT IF...?
What If…The MCU Was Zombified?

#SoalanCepumas

Apakah yang anda harapkan daripada siri-siri Marvel Studios di Disney+ untuk Fasa Keempat MCU nanti?

Bincangkan.

6 Shares:
You May Also Like