“PRIMAL is basically a pulp action-adventure story of a caveman and a dinosaur who share a similar tragedy and it bonds them to survive the primordial world together.”

— Genndy Tartakovsky, PRIMAL (2019).

Selepas lama tidak berkarya, legenda animasi Genndy Tartavkosky yang mula menempah nama pada lewat zaman 1990-an dengan siri televisyen (TV) animasi popular seperti DEXTER’S LABORATORY, THE POWERPUFF GIRLS, SAMURAI JACK dan STAR WARS: CLONE WARS di saluran Cartoon Network; kini kembali dengan warkah terbarunya – PRIMAL!

PRIMAL | Featurette Eksklusif

Diinspirasikan Pulp Fiction Zaman 20-an Dan 30-an

Berdasarkan wawancara laman SYFY bersama legenda animasi Genndy Tartakovsky, kelihatan amat jelas sekali pengaruh watak Conan the Barbarian nukilan Robert E. Howard pada protagonis siri animasi PRIMAL – iaitu orang zaman batu yang hanya dikenali sebagai ‘Spear’.

PRIMAL | Treler Acah

Kawan baiknya ‘Fang’ yang merupakan seekor dinosaur Tyrannysaurus Rex – bagaikan haiwan peliharaan Spear yang mengekorinya di dalam siri animasi ini – menerokai dunia liar PRIMAL yang penuh dengan binatang buas dan tamadun gasar zaman batu.

PRIMAL | Klip Eksklusif SDCC 2019

Bagaikan GON, Manga Popular Zaman 90-an

Tanpa apa-apa dialog, siri animasi ini mengingatkan penulis kepada komik manga Jepun, GON yang menampilkan seekor dinosaur serta kehidupannya pada zaman batu. Siri manga tersebut juga tidak menggunakan sepatah dialog langsung untuk penceritaannya!

PRIMAL | Klip Eksklusif Adult Swim

Kepada peminat Tartakovsky yang membesar menonton siri TV animasinya yang awal seperti DEXTER’S LABORATORY dan POWERPUFF GIRLS, anda mungkin agak terkilan dengan keganasan yang tampil di dalam siri terbarunya ini…

Evolusi Terkini Tartakovsky

Namun jika anda lebih mengenali Tartakovsky melalui siri TV animasi SAMURAI JACK dan STAR WARS: CLONE WARS, maka siri animasi PRIMAL sekadar evolusi terbaru untuk legenda animasi yang diminati ramai ini!

“PRIMAL features a caveman at the dawn of evolution. A dinosaur on the brink of extinction. Bonded by tragedy, this unlikely friendship becomes the only hope of survival in a violent, primordial world.”

Sinopsis Siri TV Animasi PRIMAL

PRIMAL ditayangkan di kaca TV anda melalui saluran Adult Swim mulai 7 Oktober 2019.

#SoalanCepumas

Dengan hanya 5 episod untuk musim pertamanya di saluran Adult Swim, dapatkah eksperimen Tartakovsky untuk membawa elemen pulp fiction melalui sebuah siri animasi tanpa dialog berjaya menambat perhatian peminat tegar Tartakovsky di seluruh dunia nanti?

Bincangkan.

0 Shares:
You May Also Like