“Today’s announcement is a recognition of Malaysian storytelling. Our nation is home to so many great talents who have produced compelling dramas and films with global appeal, and we are extremely proud and excited to see them get the international attention they deserve!”

Lyn Nasihin, Pengurus Besar, Primeworks Distribution, (Jan 2020).

Unit pengedaran kandungan Primeworks Studios – Primeworks Distribution mengumumkan bahawa 8 filem Malaysia yang terpilih kini disiarkan melalui pelantar penstriman Amazon Prime Video, kepada pelanggan-pelanggannya di United States (US) dan United Kingdom (UK).

  • 8 filem popular daripada Malaysia yang kini sedia ditonton oleh pelanggan-pelanggan Amazon Prime Video (versi US dan UK) adalah MUKHSIN (2007), J REVOLUSI (2017), KAMPUNG DRIFT (2016), SONGLAP (2011), KIL (2013), CHOW KIT (2012), BALADA PENCINTA (2013) dan ANAK JANTAN (2014).
8 filem Malaysia yang terpilih oleh Primeworks Distribution untuk dipaparkan melalui pelantar penstriman Amazon Prime Video!
Primeworks Distribution x Amazon Prime Video
  • Kejayaan kolaborasi ini di antara Amazon Prime Video dengan Primeworks Studios menunjukkan komitmen Primeworks Distribution untuk membawa filem-filem tempatan kepada penonton antarabangsa dengan mengembangkan pengedaran kepada pelantar penstriman yang popular di seluruh dunia.

“This is only the beginning of our relationship with Amazon Prime and we will see more Malaysian content on the platform. We will continue to expand into new platforms and territories through our successful array of content.”

Lyn Nasihin, Pengurus Besar, Primeworks Distribution
  • Usahasama ini dibincangkan dan dimeterai ketika MIPCOM di Cannes 2019, pasaran kandungan hiburan terbesar di dunia -di mana Primeworks Distribution menghadirkan diri di bawah payung National Film Development Corporation Malaysia (FINAS).
MIPCOM di Cannes - Pasar Kandungan Hiburan Terbesar Di Dunia!
MIPCOM di Cannes – Pasar Kandungan Hiburan Terbesar Di Dunia!
  • Untuk masa hadapan, Primeworks Distribution bukan sahaja akan mengedar filem-filem Primeworks Studios kepada pasaran antarabangsa, tetapi juga filem-filem (di bawah studio dan produksi lain) yang diwakilinya.
  • Peminat tegar filem Malaysia boleh mengharapkan yang lebih banyak filem, drama bersiri dan telemovie buatan Malaysia bakal disiarkan oleh pelantar penstriman Amazon Prime Video (US and UK) pada masa hadapan!

#SoalanCepumas

Apakah filem-filem Malaysia yang anda minati yang anda harapkan dapat disiarkan kepada penonton antarabangsa satu hari nanti?

Bincangkan.

3 Shares:
You May Also Like